Skip to main content

Dunia : EPISOD 1

Kakinya semakin longgar.... Seingatnya, larian sepertinya sekarang ini jarang-jarang sekali dilakukan. Bidangnya bukanlah dalam bidang larian.. namun, situasinya sekarang ini yang memaksanya berlari sepantas itu.. sekencang ribut taufan yang melanda wilayah filipina satu masa dahulu...

Dahinya kuyup. Jantungnya pantas mengepam liter2 darah yang mengandungi hemoglobin yang semakin faqir dengan kuantiti oksigen. Hitam.. Legap.. Korneanya tidak dapat memerangkap sekelumit pun cahaya ketika itu. Jiwanya kosong. Serebrumnya tidak dapat memproses sedikit pun impulse yang mungkin tidak diterima langsung dari sel2 badannya sendiri.. seperti rusa yang baru keciciran kehadirannya sendiri dan terperangkap di dalam sebuah kampung yang tidak pernah dilihat oleh matanya...

Terasa lariannya tidak berpenghujung. semakin jauh dia berlari, semakin sesat terasa kakinya membawa diri.. baru sebentar tadi dia begelak tawa di dalam istananya sendiri. Baru sebentar tadi dia bernyanyi girang, bersama rakan2 yang selalu menjadi temannya... baru sebentar tadi ,kiri kanannya diapit senjata syaitan laknatullah.. Kulitnya diulit, disentuh, di gesel dengan kulit2 yang lebih hina keadaannya daripada kulit babi... 

tapi sekarang... apa yang ada di sekelilingnya hanyalah udara yang sangat menyengat hidungnya.. Bisa mencairkan segala mukus yang menjadi bendalir separa likat di dalam hidungnya. Yang mana udara tersebut mungkin hanya mengandungi sangat sedikit kuantiti oksigennya... 

Sedang ligat kakinya mencari cari arah yang boleh membebaskannya dari tempat itu, telinga dapt menangkap dengan jelas, satu suara yang memanggilnya...

YAAA ABID!! MAN RABBUKA??!!

kakinya kaku. Bagaikan terpaku ke tanah, tidak berdaya sedikit pun baginya untuk menggerakkan kakinya. Pertanyaan yang di ajukan kepadanya menggegarkan jiwanya. terasa panas seluruh badannya.. sekelilingnya bagaikan dinyala api yang sangat marak.. terdengar bunyi api membakar mengunyah makanan makanan yang mempunyai suara.. terpekik terlolong meminta bantuan.. Namun, dia hanya mampu mendengar.. Tidak melihat..

Semakin basah badannya dengan peluhnya sendiri... Ditambah pula dengan peningkatan suhu yang seakan akan menyiat kulitnya..

MAN RABBUKA???!!!!

sekali lagi suara yang sama bergetar!! Tetapi kali ini dengan lebih kuat.. Kebingitan suara yang mempunyai desibel yamng mungkin mampu memecahkan koklea telinga. aarghh!!! Dia memang ingin jawab soalan itu..

Di sekolah dahulu... pernah dia diberitahu, suatu hari nanti, semua orang akan disoal dengan soalan itu... Tetapi.. lidahnya kelu.. Bibirnya seakan dipateri sehingga tidak mampu langsung menjwab soalan itu... tiba tiba tangannya besuara,,..

"Tuhan, diri saya ini tidak pernah sekali pun , sejak manusia ini menjadi mukallaf, digunakan untuk menyentuh kitab sucimu, memegang mengusap wajah tua ibu bapanya, mengelus butir2 tasbih.. Tetapi aku sering digunakan oleh manusia ini untuk merobek, meraba dada dada wanita yang dikenalinya , Tuhan... Akulah yang mengangkat, memegang cawan2 kaca yang mengandungi kencing2 syaitan ya Tuhan...akulah lah yang digunakan oleh manusia ini untuk membuka pakaian setiap pasangannya yang ditidurinya setiap malam, Tuhan.."

"Sayalah alat yang digunakan untuk meneguk kencing syaitan setiap hari, Tuhan, sehingga saya tidak pernah kering dari minuman pembawa maksiat itu, Tuhan.. saya jugalah yang sering digunakan untuk mengumpat, mengeji, mencerca dan menidakkan kekuasaanmu dahulu, Tuhan..",Tekaknya pula bersuara...

"Tuhan, saya sering digunakan oleh manusia ini untuk bergerak ke tempat tempat maksiat ,Tuhan.. tempat tempat yang mana semua anak Adam melompat, berubah menjadi monyet monyet yang tidak bertamadun, Tuhan... Saya tidak pernah memijakkan kaki ke majlis2 ilmu ,Tuhan... saya jualah yang menjadi saksi perbuatan manusia ini setiap malam yang membawa pulang wanita2 miskin tidak berbaju pulang ke rumahnya, Tuhan."kedengaran kakinya bersuara.

Dia terdiam.. matanya mengalirkan cecair yang tak pernah keluar daripada lingkaran matanya. Tidak pernah, walau sekalipun, walau ketika emaknya menghembus nafas meninggalkannya bersama dunia durjana ini, walau ketika dia melihat, Alquran dan Assunnah dipersampah sampahkan di Negara Islam ini.... tidak pernah sekalipun dia menangis... tidak pernah.. tetapi, hari ini, ketika ini, dia sedar... siapa dia di sisi tuhannya....

Dengan tiba-tiba, terasa kakinya bersama selruh badannya digenggam, diramas, di tekan dan ditekan dengan tekanan yang amat kuat dari pelbagai arah. Terasa kelilingnya menjadi sempit sedikit demi sedikit... Aaargh... sempit!!! kedua bahunya di tekan.. ditolak.. 

Krraaaakkk... terdengar tulang rusuknya patah dengan berterusan... Jantungnya bagai ditusuk oleh tulang temulangnya sendiri... Azabnya tidak terperi... tidak tulunas dengan kata kata... AAAARRRGGGHHHH!!!!! Sakit!!!! Allah!!! terlepas kalimah suci itu buat sekalian lamanya...

"Allah... Ampun Ya Allah... Aku tahu, Aku salah... Allahhhh!!! Sakit Ya Allah.. Aku Mohon Ampun Ya Allahh!!! AAARRRRGHHH!!!!" dia longlai... tiada sedikit pun daya yang bisa diterjahkan oleh badannya ketika itu...

Saat itu, berputar ligat di kepalanya senario kehidupannya dahulu... melalui liku2 hidup, kondisi sebagai seorang MUSLIM... Mudanya, perempuan mainannya, harta pakaiannya, arak, bir, wain juadahnya... Rasuah budayanya... Allah semakin diketepi... Baginya Islam sekadar pilihan... sebagai tiket untuk bergelar warganegara... dia lupa, siapa Pemberi rahmat, Siapa penurun rezeqi, siapa Penyedia kehidupan... Dia lupa segala galanya... tapi sekarang, dia sesal... namun, untuk apa???

'Slash!!, Slash!!!' ARGGGHH!!!, azab semakin bertambah... belakang badannya terasa perit... seakan disiat kulitnya... Tidak mampu ditanggung rasa azab tersebut.... "SLASH!!!" nyawanya seakan akan tercabut, bercerai dari badannya... 

"BABI!! ape ko buat nih!!! aku suruh kau buat ape?? skarang ape ko buat??? pekak ke??? bangang nak mampos!!! mampos nanti masok neraka lah!!! kecik2 xnk mampos, besa2 mnyusahkn aku je!!! dah!! beramboosss!!!!" ppipinya basah... terkenang kembali saat dia menghalau bapa kandungnya sendiri dari rumahnya.... "Allah,, banyak sungguh dosa aku!!!"

Jiwanya bergegar.. meronta ingin memutarkan masa, memulangkannya semula kepada zaman kecilnya... zaman buaian menjadi teman, bukannya perempuan simpanan!!! zaman Allah menjadi pedoman, bukanlah nafsu serakah pimpinan syaitan... zaman ilmu menjadi junjungan, bukannya keronokan dan hiburan... Tetapi, semuanya terlambat.... 

Sekarang, di tempat yang dia sendiri pun tidak arif tempatnya, dia menyesal.. menyesal dengan kehidupan lamanya... ...... 

sambungan episod 2 menyusul... insya Allah...

nukilan, abdullahumarosli...

Comments

Imhz said…
ble mau post smbungannya??pnat mnanti neih..
AbdullahUmar said…
in proses kak... sori... nk post daa nih
AbdullahUmar said…
ILI, ana dah ltk dah smbungan die, silekan membaca

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...