Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

kembali.

Hari ni pergi laut nak cari scallop. Tapi pergi lautnya esok pagi. Malam ni bermalam di rumah sorang nelayan bernama Shinya Suda. Aku datang sini naik kereta dengan sensei time kat UM dulu bernama mishina sensei. Makan malam kat sini. Sedap2. Ikan, sotong, belut, tuna, suma ada. Tapi mentahla. Haha. .... Aku ada sorang nenek. Dah meninggal dunia time aku form 3 dulu. Nama dy Zaleha. Dia baik. Dia cantik. Dia solehah. Dia lembut. Dia power gila masak. Dia penyayang. Dia comel. Harini, bila aku tgk mak shinya suda, aku teringat nenek aku. Muka sama. Cara senyum sama. Kedudukan taik lalat pun sama. Sama manis, sama lembut. Aku rindu arwah nenek aku. Moga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang terpilih untuk duduk di syurga-Nya. Amiin..

Primadona Paling Hot

Video ni dah lama dah muncul. Dah berlambak Parody dan remix yg org buat dah. Apa aku boleh kata untuk orang dalam video ni, nice try. Orang indon kat malaysia tu aku bole cakap bersepah dah. Aku pegi kafe aku nampak orang indon. Aku pegi rumah kawan2 mak aku, atau kawan2 aku, atau rumah makcik aku sendiri, aku nampak orang indon jugak. Kat mana lagi. Orang Indonesia adalah spesies yang ramai dekat bumi malaysia tu. Belum ada pun lagi yang aku dengar kes melayu malaysia bergaduh dgn melayu indonesia. Kalau gaduh2 mulut sebab bole tu ada lah kot. Tapi terhasilnya video ni adalah perkara yang sangat memalukan dan menjijikkan. Tahapnya sama seperti video2 dalam parlimen yang aku jumpa dalam youtube. Apapun, kalau kau mintak rating lah kn, Suara, 3/10, Lighting, 5/10, IQ, -100/10

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kant

Mimpi yang dah bukan angan angan

Assalamualaikum. Bila kau da bole baca entri aku ni, maknanya aku da sampai la di jepun ni. Macam macam aku nak cerita sebenarnya kat sini. Sepanjang aku dalam perjalanan dari KLIA sampai la ke jepun ni, aku nak cerita macam2. Setiap kali aku rasa benda tu aku nak cerita, aku teringat kat Blog aku ni. Serius . Sumpah. X tipu. Tapi bila aku da mula menaip ni, aku terus lupa. Blank. Alaaa, macam kau dalam dewan exam selalu tu laa. hermm Aku smpai Narita Airport pukul 10 pagi. time tuh semua tgh eksaited lagi. Turun2 plane je, sume tarik nafas pnjg2, simpan dlam mulut pastu lpskn slow2. Sume nk rase becakap kluar 'asap'. HAHA. Termasuklah aku ni. Eksaited gila. Sampai nk bercakap pun slow2, sbb nk tgk asap kluar mulut. haha macam2. Memula, kami di ajak pergi ke Excel Hotel, Tokyo. dgr2 briefing, pastu makan2. sedap woo. ahaha. Jepun ni mmg betul2 disiplin. Yang kau dengar tepati masa, x lambat, ikut peraturan tu, tu mmg sume betullah tu. X salah. Xda tipu2. Kat mana lagi

Kitab Baru Pelajar Malaysia

Assalamualaikum. Doktor Mahathir cadangkan kerajaan edarkan buku biografi Ummul Muslimeen Malaysia, Datin Seri Rosmah. Lepas ni semua student Malaysia akan ada satu kitab rujukan terbaru. Kedudukan kitab ini sangat tinggi. Ia menggarapkan nilai2 sopan dalam budaya Melayu. Mengukuhkan sifat2 keibuan yang sejati dalam jiwa pelajar. Juga menerapkn sifat2 isteri mithali dalam semua jiwa pelajar2 Malaysia. Teknik photoshop yang amatur. Sangat tidak layak untuk menggalas tugas mengedit gambar datin. Apa kata buku buku tu dijual sekali di Popular dan MPH. Nak lagi best, buat bisnes online. Mesti ramai yang akan beli. Aku x sabar nak tengok berapa kali cetakan akan dibuat kepada buku yang amat berbaloi ini. 180 muka surat itu terlampau sikit. Aku cadangkan juga tambah lah lagi. buat la dalam 300 helai. Lampirkan hidup Datin dari umur dia umur 1 hari dalam perut ibunya, sampai sekarang. Sehingga menjadi suami isteri kepada Perdana Menteri kita. Mungkin setelah disebarkan nanti, sa

Jemaah Gangster

Asslaamualaikum. Seperti yang aku kata, Mahasiswa hari ini semuanya pandai2. Cerdik2. Orang dah x boleh nak tipu Mahasiswa hari ni macam tipu orang kampung dengan RM500 bole support  sebulan   setahun  punya duit dapur. Macam macam dah kes yang buat kita nampak betapa mahasiswa ni berani dalam tunjukkan pandangan masing2. Ingat lagi kes budak UPSI Adam Adli buat demo pasal mansuhkn AUKU? Lepas tu ada lagi kes budak turunkan bendera dekat Putrajaya. Listen2 jabeen ngn Bawani. Bukan tu je, yang bodo berat nanang pg tunjuk jari tgh kt agong pon ada.. Aku nak cakap yang diorang ni makin berani. Kalau ada yang buat benda bodo pon, sebab dorang berani la. cuma sifat2 bodo tu kadang2 terlampau dominan dalam diri, jadi la berani bodo. BoRani. Tu singkatan utk orang mcm ni. Taktau kn? Baru tau kan?  Sebenarnya bukan baru2 ini sahaja. Zaman 80-an lagi da mcm ni. Aku ingat lagi cerita seorang ustaz aku. Katanya KU (ketua umum) sekolah aku time tu siap pegi kementerian jabatan pelajaran

Aku Bau Busuk. Aku Hidu Tahi.

Aku duduk Malaysia dah dekat 20 tahun. Aku bernafas dalam atmosfera Malaysia dah dekat 20 tahun. Aku ada bawah Kerajaan BN dah dekat 20 tahun. Aku kenal siapa tu Tunku Abdul Rahman dah dekat 20 tahun. Aku naik kereta Proton adala dalam 6 tahun. Aku mula kenal perkataan politik pulak dah dekat 7 tahun. Aku kenal perkataan politik dalam maksud yang sebenar pulak dah dekat 5 tahun. Tapi malangnya aku tak jumpa apa2 yang aku boleh bangga dengan politik di Malaysia. Aku x sentuh pasal pembangunan. Ya, aku akui walaupun x semegah Burj Khalifah, Malaysia ada KLCC, menara KL. Walau x sehebat Mall of Emirates, kita ada Midvalley, Alamanda dan Isetan dan Family Store . Walau x seganas Litar di Monza, kita ada litar di Sepang. Dari segi itu, ya aku tak nafikan, kita memang boleh megah. Belum campur lagi shinkansen yg nk dibina walaupun masih tahap perancangan. Ya, aku boleh berbangga, jika itu aspek yang didebatkan. Itu pun kalau negara yang dibandingkan ialah Ethiopia, India, Afrika Selata

新しい人生へ(Ke Penghidupan Yang Baru).. eh?

*check last post date* *facepalm* ah kesah apa aku.  Assalamualaikum WBT. 17 march 2013. untuk ke 21 march, hanya 4 hari je lg. Dari aku kecik, x pernah langsung aku termimpi2 atau teridam2 nk belajar kat luar negara. mak aku pon slalu cakap, jgn lah nk kluar2 negara. belajar aje dlm ni. nnt kalau apa2 jadi kt Ummi, kau ada nk jaga umi. aku pon mmg dalam keadaan xpernah teringin nk keluar negara. Jepun apatah lagi. Sehingga aku form 4, ada sorang budak baru masuk skolah aku. budak2 skolah aku yg lain mmg dah tau dia ni ada belajar bahasa lebih. Bahsa Jepun. Semua jugak tahu yg budak sorang ni mmg nk sangan belajar kat jepun. apa yg ada kat jepun tu aku pun taktau. Lepas tu terdetik jugak kt kepala aku yg belajar keluar negara ni seronok jugak. Tapi satu yg aku fikir, aku layak ke? aku ni cukup pandai ke nk keluar negara untuk belajar? sapa nk taja aku? aku memang taktau route mana aku kena ambik utk belajar keluar negara ni. haa, budak tuh mcm ni la muka dia wak