Skip to main content

Aku Bau Busuk. Aku Hidu Tahi.

Aku duduk Malaysia dah dekat 20 tahun. Aku bernafas dalam atmosfera Malaysia dah dekat 20 tahun. Aku ada bawah Kerajaan BN dah dekat 20 tahun. Aku kenal siapa tu Tunku Abdul Rahman dah dekat 20 tahun. Aku naik kereta Proton adala dalam 6 tahun.

Aku mula kenal perkataan politik pulak dah dekat 7 tahun. Aku kenal perkataan politik dalam maksud yang sebenar pulak dah dekat 5 tahun. Tapi malangnya aku tak jumpa apa2 yang aku boleh bangga dengan politik di Malaysia. Aku x sentuh pasal pembangunan. Ya, aku akui walaupun x semegah Burj Khalifah, Malaysia ada KLCC, menara KL. Walau x sehebat Mall of Emirates, kita ada Midvalley, Alamanda dan Isetan dan Family Store. Walau x seganas Litar di Monza, kita ada litar di Sepang. Dari segi itu, ya aku tak nafikan, kita memang boleh megah. Belum campur lagi shinkansen yg nk dibina walaupun masih tahap perancangan.

Ya, aku boleh berbangga, jika itu aspek yang didebatkan. Itu pun kalau negara yang dibandingkan ialah Ethiopia, India, Afrika Selatan, atau Indonesia.

Tapi kau takkan puas hati dengan itu aje. Macam mana segi sosial? adab? minda? kelas? Politik? Kau pasti x kan bangga kalau kau taip perkataan Melayu kat Youtube, Google, atau mana2 enjin lain, kau hanya jumpa video2 atau gambar2 yang kau akan malu kalau Mak Abah kau ada kt sebelah waktu tu. Kau takkan bangga kalau kau taip perkataan perlimen kat Youtube tu, yg keluar hanyalah video ber'atmosfere' yang tak ubah mcm Debat Kedai Kopi. Yeng pendebat2 nya adalah seperti pakcik2 x siuman yg berjalan2 mundar mandir kat tepi jalan Pilah tanpa baju. (skg aku da x jumpa da org tu kt Pilah ni, harap2 hidup lagi la org tua tu, mana la anak2 dorang)

Kalau kau bole bercerita dengan bangga benda2 ni siap tunjuk video2 tu kat sesapa yang lain, aku tabik kau.  Aku tabik atas ketebalan muka kau.

Ramai yang cakap, kita kena ambil tahu pasal politik. Kita kena alert. Kau tak boleh jadi macam katak bawah tempurung.Remaja sekarang ni x ambil tahu langsung pasal Politik. Remaja hari ini x layak nk bawak negara langsung. Sebab ramai yang benci Politik. Anggap Politik ni tahi. Busuk. Ya. Aku sendiri bau politik ni macam tahi. Sedangkan Politik ini hanyalah pentas. Politik hanyalah satu perkataan. Politik tidak berdosa. Yang berdosa adalah org yang menggunakan Politik utk Kuasa, yang menggunakan kuasa utk Duit, Yang menggunakan Duit utk Nafsu.

Apakah kau masih layak mengatakan remaja bersalah sebab tak ambik tahu pasal politik kalau kau yang membusukkn politik tu sendiri? Kau masih layak menghina remaja kalau yang menjadikn remaja pesimis dgn perkataan politik itu, kau sendiri? yang berpangkat dalam negara. Yang berduit dalam pentadbiran. Politik menghalalkn semua benda. Manusia dah tak nampak Hinanya perbuatan memfitnah. Busuknya rasuah. Jijiknya Menipu. Bangsatnya Bersekongkol dengan Kesyirikan. Manusia jadi buta. Untuk memenangkan Parti sendiri, mewangikan nama sendiri, sanggup Maruah orang lain digadai. Untuk menjayakan rancangan sendiri, sanggup Agama digadai. Untuk duit, supya senang hidup di dunia ni, sanggup Hidup org lain dihancurkn.

Itu yang kau ajar kepada Remaja. Kepada kami. Berjanji akan membawa integriti, masa yang sama memancing undi. Berhempas pulas melempar fitnah, sedangkan diri yang busuk bernanah. Kuasa media. Kuasa Majoriti. Itu kau jadikan senjata. Aku bau busuk Aku hidu tahi.

Sebab itu, kita kena celik. Mahasiswa. Mahasiswi. Bukannya ALLAH pinjamkan akal yang kau ada sekarang untuk mengonggong perbuatan busuk. Yang tua x semestinya betul. Hapuskn fahaman itu. Majoriti tak semestinya tepat. X semestinya mulia. Lupakn kepercayaan tu. Kau yang bawak hidup kau.

Aku x harapkn ketua2 macam Khulafa'u Raasyidiin. Aku cuma harapkn ketua yang malu dgn tuhan. Malu dgn ALLAH. Tu j. Ketua yang bole buktikan dia bolah bwk keluarga dia. Buktikan kata2. Bukan yang cakap kencang. Tapi belakang2, masih bangang. Allah tau semua.

Aku jugak sukakan pembaharuan. Iqaamatuddiin, wasiaasatuddunya bihi. Zettaini Wasuretewa ikenai. (Tegakkan agama, dan Tadbir Dunia dgn Agama, Jangan Lupa Walau Apapun.)


Comments

hi umar. hhe. first time aku baca blog kau. tukar la nama blog, eja macam mapoti --"
AbdullahUmar said…
Bagi la aku idea nama lain yg x da bunyi mapoti.

Popular posts from this blog

。。。。

~"Najib asked the Queen, "Your Majesty, how do you run such an efficient government? Are there any tips you can give to me?"  "Well," said the Queen, "the most important thing is to surround yourself with intelligent people." Najib frowned, and then asked, " But how do I know the people around me are really intelligent?" The Queen took a sip of tea. "Oh, that's easy; you just ask them to answer an intelligent riddle." The Queen pushed a button on her intercom. "Please send Tony Blair in here, would you?" Tony Blair walked into the room and said, "Yes, my Queen?" The Queen smiled and said, "Answer me this please, Tony, your mother and father have a child. It is not your brother and it is not your sister. Who is it?" Without pausing for a moment, Tony Blair answered, "That would be me." "Yes! Very good," said the Queen. Najib went back home to ask Muhyiddin the same question. ...

Ha Ha Ha... Inilah FIRST LADY Malaysia..

aper pon, saya menegaskan, jangan meletakkan sebarang cemuhan ataupun tohmahan yang tanpa usul periksa... ingat, setiap manusia itu buat kesalahan... walaupun manusia yang asyik buat kesalahan, memikirkan dirinya sentiasa bagus, memkirkan dirinya first lady, menganggap dirinya penting, menggunakan duit beratus ratus juta sesuka hati, meletakkan mukanya dan namanya lebih tggi dari yang sepatutunya, bajet bagus, bermuka ala2 singa jantan, berwajah masam, sentiasa menaikkan kebencian orang ramai setiap kali muncul di depan kamera, menjatuhkna maruah kerajaan, maruah suami, agama, meletakkan tabarruj sebagai aset utama, tidak mengajar anak2 dengan sempurna, berpelukan dgn salman khan di hdpn khlayak ramai, memasuki masjid tanpa menutup aurat, menimbulkn kontroversi ... dan mcm2 lagi,, INGAT, DIA JUGA MANUSIA BIASA... BIMBINGLAH DIA, BIMBING DIA KE ARAH YANG BENAR.. SEMOGA DATO SERI NAJIB RAZAK TIDAK AKAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN2 YANG DITARIK KE NERAKA SEPERTI SABDA NABI.. 4 GOLONGAN LELAK...

Kamil, Sedarlah

Keluarga Dolah mempunyai kedai gula gula turun temurun yang amat berjaya. Banyak francais2 yang berjaya didirikan di luar mahupun dalam negara. Oleh kerana gula gulanya HALAL di makan, dan menjadi trend serta mainstream org ramai, walaupun mahal dan x bersih, serta x laa sedap sangat pun, malah buruk untuk kesihatan, orang ramai membeli juga produk gula2 tersebut, termasuklah Keluarga Ali. Ditakdirkan, keluarga Ali mempunyai musuh turun temurun, keluarga Atan. Keluarga Atan ni sangatlah benci akan keluarga Ali. Ahli keluarga Ali sangat ramai, bersepah sepah. Lebih ramai dari pekerja2 di kedai gula gula Dolah, malah lebih ramai dari keluarga Atan. Walaupun begitu, keluarga Atan lebih hebat. Lebih mendapat sokongan dari keluarga2 lain, termasuk keluarga Dolah. Setiap Hari, sejak berdekad lamanya, dengan bantuan keluarga Amer, Keluarga Ele, dan hasil keuntungan Gula gula Dolah tadi, Keluarga Atan mempu membeli byk senjata dan peluru untuk membedil keluarga Ali. Walaupun Kamil, ahli Ke...