Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pena

Dunia : Episod 3

Lembaga yang dilihat itu mampu tiba di sisinya pada bila bila masa sahaja. Alangkah seramnya hatinya tidak mampu lagi ditafsirkan.... Jantungnya tiba2 menambahkan lagi kelajuannya mengapam darah. Nampaknya, otaknya memerlukan lebih oksigen agar mampu menenangkan fikirannya dan tubuh badannya... Namun nampaknya pergerakan jantungnya yang semakin laju dan laju itu terbukti tidak berjaya menanggung otot2 badannya apabila dengan tidak semena-mena matanya tertutup rapat.. Rapat... Dia tidak lagi mampu melontarkan pandangan kepada lembaga yang dilihat semakin hampir kepadanya . +++++++++++ Serta merta udara di sekelilingnya menjadi terang secara tiba tiba. Terang... Tempat yang mulanya gelap, legap kini tiba tiba menjadi terang benderang bagaikan disinarkan dengan cahaya matahari yang sangat hampir... matanya terbuka.. namun, matanya tidak mampu dibuka luas memandangkan kadar cahaya yang menerjah masuk ke mata...

Dunia : EPISOD 2

sambungan episod 1. Maaf bagi yang menunggu, kerana ana baru mempunyai masa untuk menyambung cerita ini. apa pun, hayatilah cerita dibawah, yang menjadi sambungan kepada episod 1 beryajuk 'dunia' di bawah label 'pena'... Kebingungan yang menyerang akal fikirannya semakin menggila... Otaknya sedikit pun tidak dapat menafsirkan apatah lagi memproses sebarang pergerakan yang mesti dilakukan selepas ini . Arghh..... Selama ini, otaknya itulah yang digunakan sebagai alat penambah harta baginya. Otak itulah yang digunakan untak merancang, melakukan pelbagai helah untuk menipu rakan seperniagaannya...  Otak itulah yang digunakan olehnya untuk memikirkan cara terbaik menyuap pihak2 lain. Semuanya dilakukan oleh otaknya itu. Harta kekayaan yang dimiliki olehnya ketika ini, kehidupan mewah bak syurga yang dimilikinya, semuanya dengan jasa otaknya itu.   "Semuanya dah jelas. dah menjadi kenyataan pun yang engkau ni tidak boleh menjadi ketua di negeri ini. Bukan en...

Dunia : EPISOD 1

Kakinya semakin longgar.... Seingatnya, larian sepertinya sekarang ini jarang-jarang sekali dilakukan. Bidangnya bukanlah dalam bidang larian.. namun, situasinya sekarang ini yang memaksanya berlari sepantas itu.. sekencang ribut taufan yang melanda wilayah filipina satu masa dahulu... Dahinya kuyup. Jantungnya pantas mengepam liter2 darah yang mengandungi hemoglobin yang semakin faqir dengan kuantiti oksigen. Hitam.. Legap.. Korneanya tidak dapat memerangkap sekelumit pun cahaya ketika itu. Jiwanya kosong. Serebrumnya tidak dapat memproses sedikit pun impulse yang mungkin tidak diterima langsung dari sel2 badannya sendiri.. seperti rusa yang baru keciciran kehadirannya sendiri dan terperangkap di dalam sebuah kampung yang tidak pernah dilihat oleh matanya... Terasa lariannya tidak berpenghujung. semakin jauh dia berlari, semakin sesat terasa kakinya membawa diri.. baru sebentar tadi dia begelak tawa di dalam istananya sendiri. Baru sebentar tadi dia bernyanyi girang, bersama rakan2 ya...