Skip to main content

Dunia : Episod 3


Lembaga yang dilihat itu mampu tiba di sisinya pada bila bila masa sahaja. Alangkah seramnya hatinya tidak mampu lagi ditafsirkan.... Jantungnya tiba2 menambahkan lagi kelajuannya mengapam darah. Nampaknya, otaknya memerlukan lebih oksigen agar mampu menenangkan fikirannya dan tubuh badannya... Namun nampaknya pergerakan jantungnya yang semakin laju dan laju itu terbukti tidak berjaya menanggung otot2 badannya apabila dengan tidak semena-mena matanya tertutup rapat.. Rapat... Dia tidak lagi mampu melontarkan pandangan kepada lembaga yang dilihat semakin hampir kepadanya

.
+++++++++++

Serta merta udara di sekelilingnya menjadi terang secara tiba tiba. Terang... Tempat yang mulanya gelap, legap kini tiba tiba menjadi terang benderang bagaikan disinarkan dengan cahaya matahari yang sangat hampir... matanya terbuka.. namun, matanya tidak mampu dibuka luas memandangkan kadar cahaya yang menerjah masuk ke matanya sangatlah banyak dari segi kuantitinya..

Tiba Tiba, cahaya yang sengat benderang itu semakin kelam. Keadaan yang terang tadi seakan - akan hanya bertujuan untuk menyedarkan nya daripada tidurnya yang lama.. saat cahaya yang semakin kelam itu menjadi gelap, di suatu sedut, jauh dari tempat berdirinya kakinya itu.. dia melihat satu kelibat manusia yang seakan tidak asing lagi bagi dirinya.

Ingin dia cuba pastikan adakah benar itu wanita yang pernah dicintainya dahulu. adakah benar kelibat yang dilihat dari jauh itu betul2 adalah isterinya.. dia cuba melangkah ke hadapan. sedikit demi sedikit kakinya melangkah... namun begitu, dia seakan tidak berganjak dari tempat asalnya... , dia tidak mengendahkannya.. tiba2 dia terasa suhu sekelilingnya mejadi amat panas... Panas sekali.. jika dikira kira, mampu untuk membakar dan menyiat kulitnya... perkiraannya benar... lantai yang dipijak itu semakin panas... dia dapat melihat jejak kaki yang ditinggalkan di belakangya bukanlah kesan pjakan kaki, namun ianya ialah cecair yang terhasil daripada kulit kakinya yang mecair... Peritnya tidak terperi.. Kulitnya semakin mencari... Dipercepatkan langkahnya menuju isterinya.. namun tidak juga kesampaian... Tiba2, beberapa jengkal dari lantai tempatnya berpijak, ada seakan api marak yang berwarna hitam menjulang tinggi ke atas, api itu membakar sebahagian hadapan wajahnya...

"AAAAARRRGGGHHHH......!!!!!" Allah!!!! Sakit Ya Allah.....!!!!!!!!
dia berteriak sekuat hatinya... namun telinganya sendiri tidak dapat mendengar suara teriakannnya itu.. Dalam kesakitan itu, dia bingung,, Dilihatnya, di balakang kelibat isterinya yang berdidi kaku di tempat tadi, ada cahay yang terang yang menyinari tubuh isterinya... cuba ditatap wajah iserinya itu.. dia dapat melihat titisan demi titisan air mata jatuh ke pipi isterinya... Dalam waktu yang sama juga, Lantai yang dipijaknya merekah... merekah dengan rekahan yang mendahsyatkan... Mampu menelan sesiapa sahaja ke dalamnya... dari atas, dia mampu melihat isi lantai tersebut..

Air hitam, bercampu bendalir likat berwarna merah kehitaman mengalir dengan lajunya di bawah Lantai... dan, dari lantai itulah, munculnya api berwarna hitam yang menjulang tinggi, menjemput semua objek yang berada di atas untuk sama2 melalui penyeksaan dibakan api berwarna hitam di bawah lantai itu...
Dia sudah menggelabah.. Dicarinya tempat yang sesuai untuk berlindung.. namun, tidak ketemu... keletihan tidak lagi dirasai... ketakutan yang menyelubungi dirinya saat itu membuatkan akalnya hilang kewarasan,,, Tiada lagi Iman dan tqwa menjadi benteng diri... Dengan tiba2, ketika dia cuba melompat merentasi sebuah lubang, saat itulah, julangan api yang marak tepat mengenai dirinya... Dia terselamat apabila dirinya hanya tersadai di atas lantai yang semakin membara itu...

Kesan daripada julangan api itu, dia dapat merasakan kulitnya telah habis mengalir di atas lantai menampakkan dagingnya yang hangus dibakar api.. Dia juga dapat melihat perutnya terburai.. menampakkan isi perutnya yang dipenuhi dengan ulat, lipan dan segala macam serangga2 yang memualkan.. nanah yang berwarna kuning kehitaman mengalir keluar tanpa henti, membuatkan hidungnya seakan gugur dari tempatnya apabila mengjidu bau tersbut...
Di tangannya pula, dilihat berjuta ulat sedang enak menggigit daging daging yang merentug degan rakus sekali... baunya bukan kepalang... Mencucuk cucuk hidungya... Tidak tertahan lagi olehnya...

"ALLAHHHHHHH".... Aku tidak tahan yang Allah...." Semakin dirinya tidak tertahan apabila dagingnya yang dimamah ulat tadi jatuh gugur sedikit demi sedikit kedalam rekahan lantai yang mengandungkan cecair dan api yang marak membakar...
Dirinya sudah tidak tertanggung lagi... Dicarinya kelibat isterinya tadi.. Tidak ketemu... Isterinya menghilang.. ditoleh ke semua tempat.. Tidak juga dijumpai...

Saat itulah, kelibat pasangan lelaki dan perempuan datang hampir kepadanya... dia juga mampu melihat akan seorang kanak2 yang berkemungkinan berumur lebih kurang 4 tahun datang kepadanya...


tiba2 suara hatinya berkata..."Aiman...!!".

Sambungan cerita (dunia : episod 4) akan dipost selepas ini.. harap maklum...

Comments

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kan...