Skip to main content

Maner Org nih???


salam...

berdasarkan Ayat 18 dari surah At-Taubah :-
18. Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, serta tetap mendirikan shalat, emnunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.

Masjid.. hari ini, manusia semakin lupa akan kehadiran masjid.. Masjid hari ini semakin diketepikan.. Manusia lebih suka memilih tempat2 lain untuk diduduki dan tidak memilih masjid... Mengapa??? salah siapa sume nih??? huh???

Kat kampung aku ada sebuah masjid... Masjid kariah Pelangai... Masjid tuh cantik.. megah, mewah, eksklusif... dan hebat... Itulah tempat yg aku slaluu dok bler waktu solat fardhu masok, terutamanya maghrib ngan Isya'... Hari ni aku pegi lagi masjid tadi...

ahhh... Aku tau, korang masih x nmpk lagi mesej atau isu yang aku nk bangkitkn skg nih... OK, berdasarkan ayat tadi, Allah bgtau, Org yg memakmurkan Masjid Allah nih senanyer adalah org yang beriman kepada Allah, hari Akhirat dan Org yg beramal dengan amalan mahmudah...

Setiap kali ak pegi masjid yg aku maksodkn td, satu yang aku harapkan.. Tlglah ya Allah, jadikanlah jemaah hari ini lebih dari satu saff.... Amiin... ... tapi, hasilnyer ttp sama... jemaah yang sama... muka yang sama... UMUR yang sama... xder daa muka2 yang laen yg dtg kt msjd tuh...

Lagi2 Org same.. MT masjid tuh, adelaa 5 org, aku, adek aku2 org... tuh laa muka2 yg ader kt msjd tuh... kalo naseb baek, ader laa 2,3 org kg laen dtg... Mner pegi pemuda??? mner pegi belia??? kg pelangai tuh, besepah org muda... besepah bebudak laki sehat, berakal.... tapi maner??? adakah Masjid tuh disediakan utk Org tua???


msjd nih, air cond 5 bijik
mimbar kayu jati....
sorang budak...
4 org tua....

Maner pegi org kg laen??? maner pegi si muda yang gah memulas handle motosikal??? maner pemuda yang gah menghembus asap keluar masok mulut??? mana???

sedangkan masjid nih, tandas nyer tiled wall... mangkuk duduk, tempat berwuduknye pon tiled itam berkilat... nk aper lgi??? luas pon luas... ader menare lagi..

ader sorang kwn aku dr semban dtg pelangai, semayang kt masjid tuh, siap komplen lg, "rmi ni je ke Mar, org kt msjid ko???" "kt surau aku bekali gande ramainye jemaah dy" aku pon sengeh2 je....

huuuuuhhhhh.........

Pabila seswatu berlaku, Allah ckp, apabila kamu bercanggah dan ditimpa sesuatu, maka rujuklah kembali Allah dan Rasul-Nya...

Bila keadaan nih berlaku, sapa yg ptot dipersalahkn??? adakah kaum belia sahaja??? kalau hanya salah belia, bagaimana pula golongan yang telah dipertanggungjawabkan dengan jawatan dan elaun???

Pada zaman Rasulullah, Masjid digunakan secara meluas... masjidlah tempat penyebaran Ilmu, masjidlah tempat pengukuhan Silaturrahmi, Masjidlah tempat beriadah... tapi hari ini, masjid terutamanya di malaysia digunakan dengan skop yang sangat kecil... Solat, ceramah, Yaasin...

Dr. MAZA dalam kuliahnya, menyatakan, masjid hari ini tidak menarik minat para belia... kanak2 yang datang, yang tidak mengerti seswatu dengan matang, pabila bermain2 di blkg msjd dimarahi oleh golongan tua... pemuda yang melepak di perkarangan masjid di halau... program surau hanya tertakluk kepada kuliah agama, solat, bacaan yaasin, tahlil...:-perkara sama...

Cuba masjid memperbanyakkan program.. Tidak salah masjid menganjurkn kelas fizik, biology dan sebagainya... Masjid juga tidak salah menyediakan tempat beriadahdi masjid :- takraw contohnya, selepas belia bermain, bukankah lebih mudah utk terus bersedia dan bersolat di masjid??

Namun hari ini, manusia lebih cergas dan hebat dalam memilih haluan hidup... akal yg disedia Ilahi semakin kurang maknanya dalam mempertimbangkn yg mana beltu, yang mana salah... sehingga nafsu berjaya mengalahkan iman... Keseronokan menjadi impian... Wayang lebih menarik dari Masjid... Kita lah yang patot memenuhkan masjid kita... bukan manusia2 beragama bukan Islam....

Aritu, waktu mendengar satu ceramah, penceramah tu ckp, sepanjang saya berceramah, setiap masjid yg saya pegi, xder satu pon masjid yang org mudanye lg ramai dr org tua....

Sedarlaaa org muda... kita nih diperlukan... kalo masjid pon x dpt nk dtg... parah bro... Bersolat di masjid itu lebih darjatnya berbanding di rumah...

Andai ada pembaca blog nih yang berasal dari KAMPUNG PELANGAI,, marilah kita meramaikan jemaah Masjid Kariah Pelangai... kerna kalau bukan kita, sapa lg????

Bukanlah matlamat utk mengaibkn sesuatu pihak, tapi igt, andai sebuah masjid begini, tidak mustahil masjid2 lain juga sama.....

Wallahua'lam


Comments

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...