Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

kembali.

Hari ni pergi laut nak cari scallop. Tapi pergi lautnya esok pagi. Malam ni bermalam di rumah sorang nelayan bernama Shinya Suda. Aku datang sini naik kereta dengan sensei time kat UM dulu bernama mishina sensei.

Makan malam kat sini. Sedap2. Ikan, sotong, belut, tuna, suma ada. Tapi mentahla. Haha.

....

Aku ada sorang nenek. Dah meninggal dunia time aku form 3 dulu. Nama dy Zaleha. Dia baik. Dia cantik. Dia solehah. Dia lembut. Dia power gila masak. Dia penyayang. Dia comel.

Harini, bila aku tgk mak shinya suda, aku teringat nenek aku. Muka sama. Cara senyum sama. Kedudukan taik lalat pun sama. Sama manis, sama lembut.

Aku rindu arwah nenek aku. Moga Allah tempatkan beliau dalam kalangan orang yang terpilih untuk duduk di syurga-Nya. Amiin..