Skip to main content

Jemaah Gangster

Asslaamualaikum.


Seperti yang aku kata, Mahasiswa hari ini semuanya pandai2. Cerdik2. Orang dah x boleh nak tipu Mahasiswa hari ni macam tipu orang kampung dengan RM500 bole support sebulan setahun  punya duit dapur. Macam macam dah kes yang buat kita nampak betapa mahasiswa ni berani dalam tunjukkan pandangan masing2. Ingat lagi kes budak UPSI Adam Adli buat demo pasal mansuhkn AUKU? Lepas tu ada lagi kes budak turunkan bendera dekat Putrajaya. Listen2 jabeen ngn Bawani. Bukan tu je, yang bodo berat nanang pg tunjuk jari tgh kt agong pon ada.. Aku nak cakap yang diorang ni makin berani. Kalau ada yang buat benda bodo pon, sebab dorang berani la. cuma sifat2 bodo tu kadang2 terlampau dominan dalam diri, jadi la berani bodo. BoRani. Tu singkatan utk orang mcm ni. Taktau kn? Baru tau kan?


 Sebenarnya bukan baru2 ini sahaja. Zaman 80-an lagi da mcm ni. Aku ingat lagi cerita seorang ustaz aku. Katanya KU (ketua umum) sekolah aku time tu siap pegi kementerian jabatan pelajaran yang time tu dipegang oleh DSAI. Dia jumpa Datuk untuk hantar memorendum membantah penukaran Pengetua tanpa alasan oleh kementerian waktu tu. Abah aku sendiri pun, zaman dia tingkatan 4 ke 5 ke 6 tah tak silap aku. Ramai2 pergi Pejabat Pelajaran sana, bawak sepanduk bagai, tuntut hak, sekolah dia tak ada tanah. Kena merempat.

Dan baru2 ni jugak student2 kat sek men sains P. Puteh, membantah penukaran guru2 skolah tu beramai2 (13 orang beb) juga tanpa alasan. Lagi, student2 ni mmbantah penghantaran BR1M n yang kacau PnP skolah tu. Yang bestnya, sekolah tu sekolah perempuan. Lelaki pun kadang2 buat perangai tak ada **** nak buat mcm tu. jangan fikir buruk. yang aku censored tu bunyiknye guts. -.-''

So, untuk PRU13 kali ini, aku sebenarnya sangat eksaited nak tengok resultnya. Aku akan cuba redha dengan apa2 pun result. Tapi bagi aku, GE13 ni sepcial sikit. X macam yang before. Tanoshimi danaaaa..

Okeh, tu muqaddimah. HAHA. Aku nak cerita pasal satu Video ni.

Dan x panjang pun aku nak ulas. Selama aku belajar 2 tahun ni, baru aku jumpa macam2 jemaah. Aku ada naqibah (wow, bukan naqib, naqibah kottt, hahah) .  Dia banyak tolong aku kenal jemaah2 nih. Dia banyak tolong aku kenal maksud jemaah. Tapi kondisi kat malaysia ni, sama lah macam apa yang dia tunjuk dlm video ni. Masing2 nak tunjuk sendri betul. Konon fahaman yang jemaah dorang bawak ajalah yang betul.

Aku setuju dgn Naqib dan Naqibah aku. Analogi Kapal. Kita naik kapal berbeza2. Ada yang lambat. dan ada yang laju. Ada yang ikut route utara, Ada juga yang ikut route selatan, barat, mahupun timur. Tapi tujuan sama. Ada juga brother kat surau kolej aku, analogi dia keretapi. gerabak keretapi mana ada yang parallel begerak ramai2. Mesti satu line. Kepala kat depan, yg belakang2 tu follow. Yang penting sampai.

Jangan sebab kita nak tegakkan fahaman jemaah kita, cara tu dah songsang. Niat kau yang baik, nak bawa islam tu, bole jadi dosa sbab tu je. Islam ni tinggi dan akan kekal tinggi. Tapi islam akan hancur kalau jemaah islam itu berpecah belah. maksud aku, Islam ni sendiri satu jemaah. Kalau umatnya berpecah2, maka Islam jadi pecah belah. Dipandang HINA. Tgk aje keadaan sekarang. Faham. Tepuk dada.

Dan aku rasa, kalau Parti2 dekat Malaysia ni faham lah pasal hal ni, itulah satu Nikmat ALLAH terbesar UNTUK Malaysia.



Comments

irmujahidah said…
"Inilah yang kita yakini.kita memohon maaf daripada sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan kita dalam masalah cabang.kita merasakan perbezaan pendapat ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menyatukan hati-hati manusia, saling berkasih sayang dan bekerjasama untuk kebaikan."- hassan al-banna


----


"Sesungguhnya lemahnya tarbiah atau pendidikan itu merupakan kepincangan yang secara perlahan akan melahirkan penyakit dan masalah dalam tubuh gerakan dakwah."-Fathi Yakan


---


‎"Kepentingan jemaah adalah lebih utama daripada untuk mengambil hati sesiapa.kesatuan saf adalah lebih patut didahulukan daripada untuk mengekalkan individu tertentu."-Muhammad Ahmad ar-Rasyid



*sekadar perkongsian :) apapun utamakan ukhwah.kalaulah kita mengerti kepelbagaian jemaah tu satu rahmat...

Popular posts from this blog

Panggang Ayam - Gune Tin Biskut???

Assalamualaikum... Hari ni, ana nak beri sedikit tnjuk ajar bagaimana nk memanggang ayam dgn sgt senang sekali. Mudah, pantas dan bla33... Ana baru balek dari sebuah program, namenye kem jambori remaja 2009, anjuran ALTIS, sebuah konsultan Anak muda yang sedang giat memperjuangkan Islam dgn membina dan melahirkan seberapa banyak generasi baru yang bakal menggegar dunia sebagai modal insan ummat akhir zaman. Kem yang menyeronokkan ini sedikit sebanyak berjaya mengisi masa lapang ana di musim cuti ini dgn cara yang sgt bermakna. Nak di jadikn citer, ader satu slot pada hari ke2 program ini, yang maner namenyer ialah Kembara Dik Cerdas.. Aktiviti ini mempunyai 8 checkpoint. Yang ana nak citer nih, satu checkpoint yang mner budak2 nih kner merebus/memasak/menggoreng/memanggang sebiji telur dan memastikannya mampu ditelan oleh tekak2 para peserta... waawawawawaw... Peserta2 yang diwakili kanak2 berusia 9-12 tahun ini, bagaimanapun, sedikit sebanyak berjaya melakukan cabarn ini walaupun dgn ...

JuN??

satu hari, ketika berlegar di ruang sesawang yang bersawang nih... terlihat aku akan sebuah blog yang menulis... "kpd sape2 yang nk tahu rahsia bln kelahiran anda sile smskn kpd 32999... haha*... bknlah... smskn kpd blog saye ye..!! hehe insya Allah.. *gelak itu adalah ikhlas... Jadik, ak pon bls laaa.... dgn bertanye akan bulan jun... dgn itu dy mereply... JUN *Berfikiran jauh & berwawasan. *Mudah ditawan kerana sikap baik. *Berperangai lemah lembut. *Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. *Idea yang terlalu banyak di kepala. *Bersikap sensitif. *Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). *Sukar melakukan sesuatu dengan segera. *Bersikap suka menangguh-nangguh. *Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. *Cepat marah & cepat sejuk. *Suka bercakap & berdebat. *Suka buat lawak & bergurau. *Otaknya cerdas berangan-angan. *Mudah berkawan & pandai berkawan. *Seorang yang sangat tertib. *Pandai mempamerkan sikap. *Mudah kecil h...

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...