Skip to main content

新しい人生へ(Ke Penghidupan Yang Baru).. eh?

*check last post date*
*facepalm*

ah kesah apa aku. 

Assalamualaikum WBT.

17 march 2013. untuk ke 21 march, hanya 4 hari je lg.

Dari aku kecik, x pernah langsung aku termimpi2 atau teridam2 nk belajar kat luar negara. mak aku pon slalu cakap, jgn lah nk kluar2 negara. belajar aje dlm ni. nnt kalau apa2 jadi kt Ummi, kau ada nk jaga umi. aku pon mmg dalam keadaan xpernah teringin nk keluar negara. Jepun apatah lagi.

Sehingga aku form 4, ada sorang budak baru masuk skolah aku. budak2 skolah aku yg lain mmg dah tau dia ni ada belajar bahasa lebih. Bahsa Jepun. Semua jugak tahu yg budak sorang ni mmg nk sangan belajar kat jepun. apa yg ada kat jepun tu aku pun taktau. Lepas tu terdetik jugak kt kepala aku yg belajar keluar negara ni seronok jugak. Tapi satu yg aku fikir, aku layak ke? aku ni cukup pandai ke nk keluar negara untuk belajar? sapa nk taja aku? aku memang taktau route mana aku kena ambik utk belajar keluar negara ni.
haa, budak tuh mcm ni la muka dia waktu kecik2 dulu. aku agak la

Sampai ke form5, budak sorang nih tadi punya ishi (keinginan ) utk ke jepun makin menjadi2. membarah. Atas meja Penuh dgn gambar2 sekolah jepun, tulisan jepun. Banyak kawan2 aku dah terpengaruh dgn budak ni. Aku pulak masih dgn pemikiran yang sama. X payah la nk fikir jauh sgt. SPM pn x lepas lagi.

Lepas SPM, aku isik UPU. syok2 isik, 'eh, ada option kejuruteraan jepun lah, agaknya kalau aku tick yang aku bole la peggi jepun kot. tapi layak ke aku.' aku bermonolog lepas terpandang option tu. aku dgn perasaan yang langsung x eksaited atau berharapnya, terus mengetick option tuh. haha bodo betul. Tapi kuasa Allah, aku dpt la offer interview ke sana. JEPUN. Mak aku masih dgn pendirian nya. Jgn mimpi la kau nk keluar negara. langkah mayat aku dulu. ok tu hiperbola.

jgn pndang gambar ni bagi mereka yg x tahan dgn cabaran
Aku pun pegi la USIM dgn perasaan, 'ok aku nk test la. mcm mana kebolehan interview aku' . Dekat sana masya ALLAH. aku sorang melayu dalm 5 org yg kene interview. 3 cina. 1 india. aku melayu tgh2. dorg speaking berhabuk. Aku habuk pon xda. tapi 'aaaahh kesah apa aku. bukan aku nak pegi pon jepun ni. goreng j la.' tp dalam aku goreng2, aku dpat rasakan interviewer tuh berpuas hati dgn jawapan2 bernas aku. dari anggukan dan senyuman yg mekar slps stiap kali aku jwab soalan. hhaha. aku pun. ''hmm, bola thn jugak aku ni'' huhuahua. (jishin man2), ikenai yo sore.  gabung2, jadi jiman.

Takdir ALLAH, aku diterima. Aku sebenarnya dah agak dah. cheh bajet. tp satu halangan aku , Mak aku. yeah. langkah mayat dia kalau nk pegi oversea. haha tekdelah. Abah aku okeh je. dy mmg takkesah.Bagi dia, harapan anak2 tu adalah harapan dia. Pilihan anak2 tu adalah pilihan dia. kalau dia baca ayat aku ni, mesti dia bangga )

Ada jugak member2 aku yg mintak jepun. Dorang cerita2, monbukagakusho la, apa la. aku waktu tu sepatah haram taktau apa dorg ckp. Sebab da ramai member aku pegi, aku pon tiba2 timbul rasa nk cabaran. Ya. Aku nk hidup dlam keadaan bukan bergantung lagi. Aku nk beljar hidup sendiri. Jauh dari org2 yg aku akan bergantung2 dgn senang. Aku buat istikharah. Nak kata aku dpt jawapan yg jelas2 dr Allah tu, seingatk aku, xda lah pulak. mungkin aku x perasan. tp mak aku ni susah betul aku nk yakinkan. susah sangat2. Pakcik2, Makcik2, hatta nenek aku pon da ckp kt dia, ''biarla dy pergi. anak lelaki, kn''. sehingga tahap itu pun, masih belum dpt greenlight.

Satu malam tu, aku mimpi. mcm dlm cerita melayu lama tu la. aku bercakap jepun. dgn kawan2 aku yg aku tak kenal muka dorg. haha. budak2 AAJ la kot. Aku bangun tidur. Aku mcm yakin. mungkin ini petunjuk. Ya. Mesti ini petunjuk. dlm waktu tu belum masuk subuh pon lagi, aku jadi semangat nk solat subuh suma. Aku nampak mak aku. Aku esksaited nk yakinkn mak aku. Aku mesti. Tapi saat aku jumpa mak aku tu, mak aku ckp, 'pergilah, umi tak kesah'

Aku pelik gila. Apa kena Umi aku ni. Aku baru eksaited nk cerita. Tiba2 dy da bagi. jadi aku pn seronoklah. terus aku bagitau sorang member aku yg dpt jugak pegi AAJ ni. Dy pun mula2 mak x bagi jugak. yelah, perempuan kn. Waktu aku bagitau tu, dy pon cakap mak dy da bagi. Sehingga waktu kitorang nk dftar kat AAJ tu, mcm2 benda kitorang share. Blog yg seram. Tulisan Jepun hiragana, katakana, kanji, Youtube video psl nihongo. sushi, semua. haha. aku baca balik history chatbox tu, tergelak guling2 aku.

Aku belajar kt AAJ 2 tahun. Aku review psl seikatsu kt AAJ nih lainkali la. panjang mcm hikayat melayu dah post aku nih. apa aku nk kata....

Kuasa ALLAH tu kadang2 akn buat kau terkejut, eksaited, sedih, gembira, sakit hati, semangat, pecah hati, koyak hati, sakit kepala, rasa nak pengsan, rasa n berak, rasa nk bunuh diri. Macam2. Tapi itulah takdir. Qada Qadar. kau sebagai manusia, hidupkn khidupan kau dlm cara yg terrrbaekkk. hidup 2 kali. Lepas kau mati sekali, da xda cara lain dah utk kau baiki hidup kau tu. effect dy kt hidup kau yg second. selama2 nya.
 kawan2 aku yang hensem2. ada budak baju kuning tgh2 tu. termasuk dy jugak la
kawan2 aku yg cun dan hensem. nk carik yg cun sahaja, ramai2, x jumpa pulak. aku bukan stalker.


Aku bersyukur masuk program ke jepun ni. Kawan2 yang aku dapat kt sini hebat2. Gila2. Bodo2. Hensem2. Comel2. Cun2. aku hargai 97 ekor nih mcm adik bradik aku. smpai aku mati. 4 tahun kt Jepun nnt aku akn pastikn semuanya baik2 saja. Insya ALLAH. Doakn aku.

adios. Assalamualaikum.

eh lupa, Senpai, janji aku kt kau tahun lepas Allah dah tunaikn. 100%! Alhamdulillah.

ja ne. mata.

Comments

FawWaZ said…
Salam...

ok...sgt menarik...btol n TERSANGATLAH BENAR...

"Kuasa ALLAH tu kadang2 akn buat kau terkejut, eksaited, sedih, gembira, sakit hati, semangat, pecah hati, koyak hati, sakit kepala, rasa nak pengsan, rasa n berak, rasa nk bunuh diri. Macam2. Tapi itulah takdir. Qada Qadar..."

***pnjg na plak nk copy paste...bek wat blog baru...haih

papo un la...ALLAH mmg nk anta ko ke sana...so...ble da dihantar,pastikan jalankan TUGAS ye...LAA ILAHA ILLALLAH wo nihonjin ni tsutaenasai...isshoni~~

**(p/s) gmbr "yatta" uh mntak tukar...segan ak tgok...haha~~

bittaufiq wannajah , wasalam 'alaik...

Popular posts from this blog

Mimpi yang dah bukan angan angan

Assalamualaikum. Bila kau da bole baca entri aku ni, maknanya aku da sampai la di jepun ni. Macam macam aku nak cerita sebenarnya kat sini. Sepanjang aku dalam perjalanan dari KLIA sampai la ke jepun ni, aku nak cerita macam2. Setiap kali aku rasa benda tu aku nak cerita, aku teringat kat Blog aku ni. Serius . Sumpah. X tipu. Tapi bila aku da mula menaip ni, aku terus lupa. Blank. Alaaa, macam kau dalam dewan exam selalu tu laa. hermm Aku smpai Narita Airport pukul 10 pagi. time tuh semua tgh eksaited lagi. Turun2 plane je, sume tarik nafas pnjg2, simpan dlam mulut pastu lpskn slow2. Sume nk rase becakap kluar 'asap'. HAHA. Termasuklah aku ni. Eksaited gila. Sampai nk bercakap pun slow2, sbb nk tgk asap kluar mulut. haha macam2. Memula, kami di ajak pergi ke Excel Hotel, Tokyo. dgr2 briefing, pastu makan2. sedap woo. ahaha. Jepun ni mmg betul2 disiplin. Yang kau dengar tepati masa, x lambat, ikut peraturan tu, tu mmg sume betullah tu. X salah. Xda tipu2. Kat mana lagi

こんにちは、はじめまして

Assalamualaikum.. okeh, lame bebenor x aku update belog akuh nih,,, byk benor org tanye, "ekau ni bilo nk update belog ekau tuh?? dah mcm coolblog aku tgk dah.." msti x lawak kn? kthxbye. skg aku nk post satu lagi posting. pasal study akuh.. haha.. aritu, aku bukak satu laman web, lepas tggu gile2 lame.. xde tggu sgt kot.. yelah, dah bukak, tangguh result, tangguh daa 3 kali daa.. aku bace blog mahupun FB status member2, sume daa berang daaa.. hahaha aku x kesah sgt pon. cume yg ketige tu ar rase cam nk hack je domain esilav2.jpa.gov.my... hahaha.. sbb tuh kali ke baper belas puluh tah ak cek status onterview aku. bile daaa dye kuarkn result plak. aku dgn mmbwa eksaitment yg agak hyper tggi dgn rase cuak berbaur gementarnye mncuba menaip dgn rase yang berharap.. website tu kat address firefox ak nih.. tkn2.. putih je window aku... aku pon tekan butang refresh.. putih.. refresh..... putih... refresh..... ikon tande ngah buffer berputar ligat dgn agak lame.. sekali gus, menamba

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kant