Skip to main content

Islam... Di mana kedudukannya???!!


Lebih 1400 tahun dahulu, selepas pecah jatuhnya empangan maarib sewaktu zaman kaum saba', manusia tiada budi pekerti. Tiada keharmonian.. Tiada undang undang. Tiada kesepakatan... Manusia hidup dalam lembah kehinaan.. di bawah pengaruh syaitan dan hawa nafsu, manusia tiada berdaya untuk hidup di atas maqam yang lebih tinggi dari binatang... ketamadunan tiada.. bunuh membunuh, rasuah, menipu, merompak, dan menindas bukan satu kesalahan, malah menjadi amalan.. yang lemah ditindas, yang kuat, di agung... itulah lumrah jahiliah...

Untuk itu, Allah utuskan Rasulullah.. sebagai panduan ummah.. mengajar apakah itu sukma kefasikan, dan apakah itu sukma ketaqwaan.... mengeluarkan kegelapan dari hati2 manusia untuk masuk ke dalam rahmat kecahayaan yang nyata... Namun, tidak semua yang mengikut ajaran Rasulullah ketika itu. sebagaimana ingkarnya iblis kepada Allah, tidak mahu tunduk kepada Adam atas dasar bongkak, begitu jugalah sifat masyarakat Jahiliah... bongkak dengan keagungan nenek moyang mereka, megah menyembah latta dan uzza... bodoh sombong, membunuh anak2 perempuan yang sememangnya tidak berdosa...

Itu adalah bukti, bukti yang bahawasanya Islam datang dalam keadaan yang dagang, iaitu asing dari pelbagai adat, budaya dan pengamalan...

Sejak hadirnya Islam dan nabi Muhammad sebagai penyebarnya, ummah jaahiliyyah mengutuk, mencerca dan mengeji ajaran... bahkan penganutnya yang banyak tergolong dalam golongan hamba diseksa.. dibunuh sesuka hati... itu ujian Allah kepada Rasulullah...

Namun, kebenaran sentiasa di tangga teratas. Hadirnya tenaga tenaga baru seperti Saidina Usman Bin Affan, Abdul Rahman Bin Auf, Abu Bakar Assiddiq, Umar Alkhattab, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Saad Bin Abi Waqas, memperkuat dan memperkukuh kedudukan Islam sebagai agama Allah yang Haq...

Itu Bukti kejayaan pertama Umat Islam memperluas empayarnya walaupun ketika itu, Islam itu asing...

Rasulullah kemudiannya berhijrah ke madinah, memperluas ajran Islam... di Madinah, Islam disambut dengan baik... piagam madinah bukti kebijaksanaan Rasulullah mentadbir ketika itu... Islam semakin terang cahayanya di bumi ini...

perang BADAR, bukti kekuasaan Allah dan kehebatan tentera Islam kekuatan 313 orang junud berjaya mengalahkan kekuatan 1000 tentera kafir quraisy... Masya Allah... islam semakin berkembang... perang khandak, tabuk, qurquratul qudur, hunain, dan sebagainya memperhebat lagi nama ISLAM di serata dunia...

Fathu Makkah... Islam semakin matang... terjahan dan ujian luar yang datang diterimanya dengan sangat terancang. menyebabkan kegerunan pihak luar...

Wafatnya Rasulullah tidak melemahkan Ummat Islam... Bahkan Islam seakan menerima semangat baru, roh kental yang inginkan Islam tersebar di serata dunia... Abu Bakar, menyerang golongan Riddah.. Mengumpul Alquran.. Memulakan operasi untuk meletakkan kuasa besar Rom dan Parsi di bawah kuasa Islam... memperkemas institusi pentadbiran yang mantap...

Umar, berjaya memperluas empayar Islam di sebhagian besar kerajaan Rom, Menggentarkan kuasa besar parsi... dan menjatuhkan Bandar Jerusalem.. yang sudah lama ingin diambil oleh kuasa2 lain sebelum itu.. umar juga berjaya mengasaskan institusi Baitulmaal.. Meletakkan ilmu sebagai prioriti utama dengan mendirikan sekolah, dan menjadikan masjid pusat penyebaran ilmu...

Islam terus kukuh dengan penerajuan tokoh2 uang disegani.. sebagai tiang, tonggak utama kukuhnya kerajaan Islam ketika itu, Usman, Ali, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyyah, Bani Turki Uthmaniyyah.. Semangat kental ditunjangi Iman dan Tqwa serta Ilmu yang mantap,..

Bagaimana Sultan Muhammad Alfatih membuatkan semua kuasa asing semakin gentar, tunduk dengan kuasa Islam... dengan menjatuhkan dan menakluk bandar konstantinopel dan menukarnya dengan nama istanbul... 800 tahun gerakan menakluk kota itu dilakukan... berjuta tentera kecundang... namun, sebaik baik pemimpin, sebaik baik tentera ialah Alfatih dan tenteranya...

Ketika ilmu dijunjung, Tamadun Islam berjaya menjadi tamadun yang paling berjaya... eropah mengalami zaman kegelapan... tiada yang hebat melainkan Islam ketika itu...

Itulah hasil Semangat kental... semangat yang digerakkan oleh roh2 jihad kaum Muslimin... bekerja seperti hidup selamanya, beribadah seperti akan mati pada esok hari... itulah roh pejuang yang Islam inginkan...

Namun, Rasulullah pernah bersabda... "akan tibA suatu masa nanti, seluruh ummat dari bangsa2 di seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu(ummat islam) bagaikan orang yang hendak makan hidangan talam mereka" sahabat bertanya, " adakah ketika itu bilangan kami tidak ramai?" Rasulullah menjawab,"Tidak, bahkan kamu banyak sekali, tetapi kamu seperti bebuih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut ras gerun dari hati2 musuh2 kamu terhadap kamu... dan Allah akan mencampakkan penyakit wahan ke atas kamu", sahabt bertanya, "apakah itu wahan?" Rasul menjawab "cintakan dunia, dan takutkan mati"

Hari ini, umat Islam ditindas... dari segenap penjuru, umat Islam seakan kembali sewaktu awal kedatangan Islam dahulu, ditindas, diseksa, diperlakukan seperti binatang... di mana semangat jihad kita?????? dimana roh Perjuangan kita???? Ukhwah Islamiyah tidak lagi kita utamakan... sifat ithar dilupakan...

Di palestin,iraq,kasymir.. umat Islam diseksa... dirembat, dirogol!!!!






Apa yang Kita mampu, hanyalah berdoa kepada Ilahi.. agar bala menimpa mereka yang jahil... namun, doa semakin jauh dari kita... hiburan yang kita biarkan bermaharajalela menjadi raja tidak bertakhta. Kita sedar Islam di perhina sehingga ke tahap ini, namun, kita alpa, kita tidak mampu menjadikan amalan berdoa, beribadah sunat dan sebgainya menjadi amalan kita... kita masih tidak dapat menghabiskan masa hidup kita dengan berjasa kepada Islam...




mengapa, muslimin??? mengapa, mujahideen???

Adakah Allah masih belum memberi petunjuk kepada KITA???

Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan hasrat itu datang dari kaum itu sendiri... hidup tidak lama, bahkan akhirat lah yang selama lamanya... Waktu sesi penghisaban nanti, apa yang bakal kita jawab di hadapan Yang Maha Esa??? apakah ayat pembela diri yang akan kita guna???

Allah Maha Pengampun, selagi nyawa masih di badan.. segalanya masih belum terlambat... diri kita, kita yang atur... baik hati kita, baiklah penghujung kita...

Marilah bersama sama bangkit dalam semngat Islam... tegakkan semula kegemilangan Islam satu masa dahulu!!! Allahu Akbar.. membangun bersama Islam!!! bersama Ulamak2 Islam...



Shift your paradigm!!! Now...

Comments

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...