Skip to main content

Aik.. dulu serang, sekarang sayang???

Ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Umno mengambil pendekatan memukul dan menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun di Bagan Pinang, Umno mengambil pendekatan baru...kami hormat Nik Aziz.

Sebab itulah di mana-mana sahaja anda akan jumpa papan tanda besar gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz ketika Menteri Besar Kelantan itu dirawat di hospital.

"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru (Nik Aziz) pula," kata Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.

Beliau merujuk kepada billboard yang dipasang Umno di merata-rata tempat dalam pilihan raya Bagan Pinang ini.

Dalam pilihan raya lalu, Nik Aziz menjadi sasaran jentera khasnya media Umno untuk menyerangkan, namun terbukti PAS menang besar di Permatang Pasir.

Image

hahak... kucing pon buleh tegelak...

Dalam ceramahnya malam tadi, Datuk Seri Anwar Iberahim menyifatkan tindakan Umno ini sangat tidak beretika dalam kempen mereka.

Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.

Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib sekiranya mahu menunjukan perwatakan yang baik supaya jangan zalim pada rakyat, jangan memfitnah, bekerja kuat bantu rakyat miskin dan jangan gunakan gambar lawatan ke hospital sebegitu untuk kepentingan politik.

-antum ada akal, antum pikiak sendri.. ana xnk ulas... hmm...

Comments

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kan...