Skip to main content

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason.

Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda?


Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason.

Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi bawah tanah yahudi antarabangsa yang tidak ada hubungan dengan kegiatan pembinaan bangunan. Pada awalnya, pertubuhan ini dirancang untuk memusnahkan agama Kristian. Tetapi selepas zaman revolusi Eropah pada kurun-17 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam mereka terus mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Pertubuhan ini dianggotai oleh bangsa yahudi tulen, terutamanya para penguasa dan pemimpin Negara Israel seperti Ariel Sharon, Ehud Barak dan lain-lain. Mereka bekerja keras merancang dan mengatur strategi untuk menguasai dunia sehinggakan keputusan perlantikan presiden atau ketua Negara contohnya Amerika Syarikat, berada di dalam bidang kuasa mereka.

Ahlinya bergerak sambil berpegang kepada beberapa prinsip yang menyebabkan perancangan mereka mantap dan licik di antaranya adalah:
Menjaga segala rahsia.
Memberi taat setia.
Hanya memuliakan kaum yahudi.
Menyebarkan dan mengagungkan hubungan seks.
Menguasai agama lain selain dari yahudi.
Tolong-menolong sesama ahli.
Mengadakan propaganda dan revolusi.

Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang di bawahnya yang disertai oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama untuk membantu misi mereka yang keji ini. Mereka akan menggunakan lambang atau simbol yang tidak difahami, di antaranya yang biasa digunakan ialah matahari, bulan, mata, piramid dan lain-lain. Mereka yang kebanyakan golongan bangsawan seperti raja-raja, ahli falsafah, pemimpin agama, cendiakawan, para pemimpin negara akan berkumpul dan merancang serta mengatur rancangan mereka.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah :


Illuminati
Bermaksud pertubuhan cahaya.
Diasaskan oleh Adam Weishaupt yang asalnya seorang paderi Kristian, kemudian murtad dari agamanya, lalu menubuhkan pertubuhan ini.
Menggunakan wang dan perempuan untuk memperalatkan orang-orang yang berpengaruh.
Memerangkap mahasiswa yang mempunyai prestasi intelektual sehingga dapat berbakti kepada mereka.
Menguasai media massa untuk melindungi pertubuhan ini.

Pertubuhan B’nai B’rith
Diasaskan oleh seorang yahudi yang bernama Henry Jones.
Tugas pertubuhan ini ialah mencari dan memutarbelitkan berita, mewujudkan pejabat-pejabat perisikan di seluruh dunia, membela bangsa yahudi, menyokong keputusan Israel dan membantu setiap bentuk keganasan.
Pertubuhan Bahaiyah
Bertujuan untuk menimbulkan keraguan di dalam hati umat Islam mengenai agama yang sedang dianuti.
Diasaskan oleh seorg yahudi bernama Mirza Muhammad Ali (nama palsu)
Pada awalnya muncul sebagai kelompok Islam. Lama-kelamaan mereka mengajak pengikut mereka menubuhkan persatuan agama yang bertujuan untuk menggabungkan semua agama di dunia.
Semua pejabat pertubuhan ini ditutup dan dibubarkan pada tahun 1961 atas arahan kerajaan Mesir.

Pertubuhan Kesaksian Yehova
Ditubuhkan di Jerman.
Berselindung dengan menyamar menjadi agama Kristian dan seterusnya menyelewengkan ajaran Kelab Lions.
Ditubuhkan oleh Martin James (Peguam Amerika).
Lions bermaksud singa yang menjaga Haikal Sulaiman.
Tujuan penubuhannya ialah untuk merealisasikan impian yahudi dan menjadi pemerintah yahudi antarabangsa.

Wallahu a'lam, marilah kita menentang setiap kegiatan Freemason ini, dari apa jua sekali pun. Jangan biarkan saudara seislam kita sengsara.

Comments

Dr Afifah said…
thanks 4 dis article!
Dr Afifah said…
thanks 4 dis article!
as-syuhada said…
cuba kaji gerakan freemason yang giat dijalankan sekarang..caranya sangat halus dan unexpected
AbdullahUmar said…
syukran ilaikunna, ma'annajah...
wardah07 said…
salam..
thanx a lot lah..
Allah je dpt mmbls jasa anta..
hehe..
AbdullahUmar said…
lmbt nyer enti bacer...
wardah07 said…
ermm..
baru balik dr KL la
mak cik tunang!!
hehe..
AbdullahUmar said…
owh... ptotlaaa... nper erk, blkg tuh msti ade 'hehe'??


hak3
tetarau84 said…
tak dpt share kat fb ke syeikh??

Popular posts from this blog

Panggang Ayam - Gune Tin Biskut???

Assalamualaikum... Hari ni, ana nak beri sedikit tnjuk ajar bagaimana nk memanggang ayam dgn sgt senang sekali. Mudah, pantas dan bla33... Ana baru balek dari sebuah program, namenye kem jambori remaja 2009, anjuran ALTIS, sebuah konsultan Anak muda yang sedang giat memperjuangkan Islam dgn membina dan melahirkan seberapa banyak generasi baru yang bakal menggegar dunia sebagai modal insan ummat akhir zaman. Kem yang menyeronokkan ini sedikit sebanyak berjaya mengisi masa lapang ana di musim cuti ini dgn cara yang sgt bermakna. Nak di jadikn citer, ader satu slot pada hari ke2 program ini, yang maner namenyer ialah Kembara Dik Cerdas.. Aktiviti ini mempunyai 8 checkpoint. Yang ana nak citer nih, satu checkpoint yang mner budak2 nih kner merebus/memasak/menggoreng/memanggang sebiji telur dan memastikannya mampu ditelan oleh tekak2 para peserta... waawawawawaw... Peserta2 yang diwakili kanak2 berusia 9-12 tahun ini, bagaimanapun, sedikit sebanyak berjaya melakukan cabarn ini walaupun dgn

Mimpi yang dah bukan angan angan

Assalamualaikum. Bila kau da bole baca entri aku ni, maknanya aku da sampai la di jepun ni. Macam macam aku nak cerita sebenarnya kat sini. Sepanjang aku dalam perjalanan dari KLIA sampai la ke jepun ni, aku nak cerita macam2. Setiap kali aku rasa benda tu aku nak cerita, aku teringat kat Blog aku ni. Serius . Sumpah. X tipu. Tapi bila aku da mula menaip ni, aku terus lupa. Blank. Alaaa, macam kau dalam dewan exam selalu tu laa. hermm Aku smpai Narita Airport pukul 10 pagi. time tuh semua tgh eksaited lagi. Turun2 plane je, sume tarik nafas pnjg2, simpan dlam mulut pastu lpskn slow2. Sume nk rase becakap kluar 'asap'. HAHA. Termasuklah aku ni. Eksaited gila. Sampai nk bercakap pun slow2, sbb nk tgk asap kluar mulut. haha macam2. Memula, kami di ajak pergi ke Excel Hotel, Tokyo. dgr2 briefing, pastu makan2. sedap woo. ahaha. Jepun ni mmg betul2 disiplin. Yang kau dengar tepati masa, x lambat, ikut peraturan tu, tu mmg sume betullah tu. X salah. Xda tipu2. Kat mana lagi

Kitab Baru Pelajar Malaysia

Assalamualaikum. Doktor Mahathir cadangkan kerajaan edarkan buku biografi Ummul Muslimeen Malaysia, Datin Seri Rosmah. Lepas ni semua student Malaysia akan ada satu kitab rujukan terbaru. Kedudukan kitab ini sangat tinggi. Ia menggarapkan nilai2 sopan dalam budaya Melayu. Mengukuhkan sifat2 keibuan yang sejati dalam jiwa pelajar. Juga menerapkn sifat2 isteri mithali dalam semua jiwa pelajar2 Malaysia. Teknik photoshop yang amatur. Sangat tidak layak untuk menggalas tugas mengedit gambar datin. Apa kata buku buku tu dijual sekali di Popular dan MPH. Nak lagi best, buat bisnes online. Mesti ramai yang akan beli. Aku x sabar nak tengok berapa kali cetakan akan dibuat kepada buku yang amat berbaloi ini. 180 muka surat itu terlampau sikit. Aku cadangkan juga tambah lah lagi. buat la dalam 300 helai. Lampirkan hidup Datin dari umur dia umur 1 hari dalam perut ibunya, sampai sekarang. Sehingga menjadi suami isteri kepada Perdana Menteri kita. Mungkin setelah disebarkan nanti, sa