Skip to main content

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason.

Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda?


Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason.

Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi bawah tanah yahudi antarabangsa yang tidak ada hubungan dengan kegiatan pembinaan bangunan. Pada awalnya, pertubuhan ini dirancang untuk memusnahkan agama Kristian. Tetapi selepas zaman revolusi Eropah pada kurun-17 yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam mereka terus mengalih perhatian kepada agama Islam sebagai musuh utama.

Pertubuhan ini dianggotai oleh bangsa yahudi tulen, terutamanya para penguasa dan pemimpin Negara Israel seperti Ariel Sharon, Ehud Barak dan lain-lain. Mereka bekerja keras merancang dan mengatur strategi untuk menguasai dunia sehinggakan keputusan perlantikan presiden atau ketua Negara contohnya Amerika Syarikat, berada di dalam bidang kuasa mereka.

Ahlinya bergerak sambil berpegang kepada beberapa prinsip yang menyebabkan perancangan mereka mantap dan licik di antaranya adalah:
Menjaga segala rahsia.
Memberi taat setia.
Hanya memuliakan kaum yahudi.
Menyebarkan dan mengagungkan hubungan seks.
Menguasai agama lain selain dari yahudi.
Tolong-menolong sesama ahli.
Mengadakan propaganda dan revolusi.

Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang di bawahnya yang disertai oleh pelbagai lapisan bangsa dan agama untuk membantu misi mereka yang keji ini. Mereka akan menggunakan lambang atau simbol yang tidak difahami, di antaranya yang biasa digunakan ialah matahari, bulan, mata, piramid dan lain-lain. Mereka yang kebanyakan golongan bangsawan seperti raja-raja, ahli falsafah, pemimpin agama, cendiakawan, para pemimpin negara akan berkumpul dan merancang serta mengatur rancangan mereka.

Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah :


Illuminati
Bermaksud pertubuhan cahaya.
Diasaskan oleh Adam Weishaupt yang asalnya seorang paderi Kristian, kemudian murtad dari agamanya, lalu menubuhkan pertubuhan ini.
Menggunakan wang dan perempuan untuk memperalatkan orang-orang yang berpengaruh.
Memerangkap mahasiswa yang mempunyai prestasi intelektual sehingga dapat berbakti kepada mereka.
Menguasai media massa untuk melindungi pertubuhan ini.

Pertubuhan B’nai B’rith
Diasaskan oleh seorang yahudi yang bernama Henry Jones.
Tugas pertubuhan ini ialah mencari dan memutarbelitkan berita, mewujudkan pejabat-pejabat perisikan di seluruh dunia, membela bangsa yahudi, menyokong keputusan Israel dan membantu setiap bentuk keganasan.
Pertubuhan Bahaiyah
Bertujuan untuk menimbulkan keraguan di dalam hati umat Islam mengenai agama yang sedang dianuti.
Diasaskan oleh seorg yahudi bernama Mirza Muhammad Ali (nama palsu)
Pada awalnya muncul sebagai kelompok Islam. Lama-kelamaan mereka mengajak pengikut mereka menubuhkan persatuan agama yang bertujuan untuk menggabungkan semua agama di dunia.
Semua pejabat pertubuhan ini ditutup dan dibubarkan pada tahun 1961 atas arahan kerajaan Mesir.

Pertubuhan Kesaksian Yehova
Ditubuhkan di Jerman.
Berselindung dengan menyamar menjadi agama Kristian dan seterusnya menyelewengkan ajaran Kelab Lions.
Ditubuhkan oleh Martin James (Peguam Amerika).
Lions bermaksud singa yang menjaga Haikal Sulaiman.
Tujuan penubuhannya ialah untuk merealisasikan impian yahudi dan menjadi pemerintah yahudi antarabangsa.

Wallahu a'lam, marilah kita menentang setiap kegiatan Freemason ini, dari apa jua sekali pun. Jangan biarkan saudara seislam kita sengsara.

Comments

Dr Afifah said…
thanks 4 dis article!
Dr Afifah said…
thanks 4 dis article!
as-syuhada said…
cuba kaji gerakan freemason yang giat dijalankan sekarang..caranya sangat halus dan unexpected
AbdullahUmar said…
syukran ilaikunna, ma'annajah...
wardah07 said…
salam..
thanx a lot lah..
Allah je dpt mmbls jasa anta..
hehe..
AbdullahUmar said…
lmbt nyer enti bacer...
wardah07 said…
ermm..
baru balik dr KL la
mak cik tunang!!
hehe..
AbdullahUmar said…
owh... ptotlaaa... nper erk, blkg tuh msti ade 'hehe'??


hak3
tetarau84 said…
tak dpt share kat fb ke syeikh??

Popular posts from this blog

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...