Skip to main content

X perlu tegur Tuan Guru...

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu ditegur kerana Mursyidul Am PAS itu tidak melakukan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata, tiada keperluan untuk menegur pemimpin veteran itu sebaliknya menyalahkan media yang memperbesarkan isu berkenaan.
"Buat apa nak tegur? Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tidak perlu ditegur, Tok Guru tak buat apa-apa kesalahan," katanya kepada mStar Online.
berkata demikian sebagai mengulas saranan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya pemimpin-pemimpin PAS dari kalangan tokoh agama supaya menegur sebarang perbuatan Nik Abdul Aziz yang bertentangan dengan Islam seperti mendoakan orang Islam lain ditimpa musibah.
Bagaimanapun Harun tetap mempertahankan tindakan Nik Abdul Aziz mendoakan supaya Allah memberi petunjuk kepada manusia yang menzalimi orang lain."Apa yang salahnya kalau kita mohon supaya beri petunjuk kepada orang buat zalim?
"Kita faham sebagai manusia kita perlu bantu orang yang dizalimi, jadi begitu juga kepada orang yang menzalimi, golongan sebegini kita perlu minta pertolongan Allah untuk bantu," katanya.
Nik Abdul Aziz ketika berucap pada perhimpunan sempena kuliah mingguannya di Kota Bharu baru-baru ini mendoakan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bertanggungjawab tidak memberi royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan agar 'pecah perut'.
Beliau sebelum ini meminta orang-ramai berdoa bagi memperbetulkan pemikiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memberi royalti minyak dan sekiranya tidak, mendoakan supaya Allah memusnahkan Perdana Menteri, UMNO dan proksi-proksinya

Comments

Popular posts from this blog

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...