Kebingungan yang menyerang akal fikirannya semakin menggila... Otaknya sedikit pun tidak dapat menafsirkan apatah lagi memproses sebarang pergerakan yang mesti dilakukan selepas ini . Arghh..... Selama ini, otaknya itulah yang digunakan sebagai alat penambah harta baginya. Otak itulah yang digunakan untak merancang, melakukan pelbagai helah untuk menipu rakan seperniagaannya...
Otak itulah yang digunakan olehnya untuk memikirkan cara terbaik menyuap pihak2 lain.
Semuanya dilakukan oleh otaknya itu. Harta kekayaan yang dimiliki olehnya ketika ini, kehidupan mewah bak syurga yang dimilikinya, semuanya dengan jasa otaknya itu.
"Semuanya dah jelas. dah menjadi kenyataan pun yang engkau ni tidak boleh menjadi ketua di negeri ini. Bukan engkau yang layak"."Memang x boleh ke tuan??, Saya memang berharap utk menjadi pemimpin di sini. Rakyat di sini dah mmg dekat di hati saya tuan. Saya sangat dekat dengan rakyat, Tuan., ermm, xperlaa, tuan ambil 2 juta ini dahulu. Lain2 cerita nanti ya, tuan."
"erm, kalau mcmtu, saya pertimbangkan semulalah keputusan saya nanti..."
Matanya sudah tidak mampu mengalirkan setitik pun air mata ketika itu. Matanya sudah kering dengan air mata. Jiwanya ingin sekali menangis dan menangis, namun matanya sudah tidak mampu. Andai dibocorkan sekalipun kantung air matanya ketika itu, sudah pasti tiada setitis pun air yang akan keluar dari matanya. Alangkah berat dosa yang dihasilkan ketika hidupnya. Alangkah hina kedudukan yang diciptakan untuk dirinya sendiri. Bukan hanya utk dirinya, malahan keluarganya juga.
"DI DUNIAMU, APAKAH SUDAH LANGSAI TANGGUNGJAWABMU???"
Suara tersebut menerjah masuk ke dalam gegendang telinganya di saat dia berkhayal, memikirkan nasib anak isterinya ketika ini. Dia bukan seorang ayah yang baik, juga bukan suami yang baik. Tidak sekalipun nafkah dari segi zahir yang dihulurkan kepada isterinya, apalagi keluarganya. Semasa hidupnya, judi, joli, arak menjadi mainan hariannya, manakala anak dan Isterinya menjadi mangsa kekejaman dirinya. Dia berdosa. Sangat berdosa. Dengan isteri, anak anak dan sesiapa jua yang pernah mengenali dirinya.
"Woi perempuan!! kalau aku tau inilah perangai kau, x hingin aku kahwin dengan kau tahu x???!!! Menangis aje kau tahu!!!"
"Bang, rumah ini dah x de ape2 nak di masak bang. Anak2 kite tuh daa kebulur dah. Menggeletar saya lihat Aiman tu bang, menahan laparnya."
"Aaaaargghhhh, Duit kau jual kuih hari itu maner??? gunelah duit tu aje, Jangan asyik nak mintak kat aku jer!!!"
"Duit? Kan abang dah ambil duit tuh semalam bang??? Abg x igt ker???"
"Kurang hajar!!! Pantang diberi muka!!! dah Pandai menjawab sekarang ni ya!!!! Ini ke yang mak bapak ko ajar?? Hah!!???"
"Tapi..."
Pangggggggggg.... saat itu, dia melempang pipi mungil isterinya, Kulit pipi isterinya yang putih, halus menggebu bertukar merah dalam hanya sekerdip mata.
"Aku dh lah letih baru balek!! Kau kt umah dh lah x masak apa2 utk aku, lagi nak banyak cakap!!! Binatang btol lah kau nih!!!"
Dia seakan hilang pertimbangan. apa yang berlegar di kepalanya ketika itu adalah utk menebus kekalahan yang baru sahaja dialaminya... Entah apa yang silapnya, dia kalah teruk hari ini. Bukan hari ini sahaj, bahkan hari2 yang sebelumnya pun Baginya, Isterinya hanyalah seorang perempuan yang disimpan di dalam rumah. dan kedudukan isterinya di matanya sekarang ini tidak ubah seperti sampah yang tidak berguna. Dia lupa, ketika mudanya perempuan itulah yang digilakannya...
"Abang, saya dah biasa disepak terajang oleh abang, saya rela bang. Tapi tlg jgn hina saya sebegitu sekali. Saya tidak sanggup..."
"Kau dah makin berani sekarang!!! Mmg isteri x guna!!"
Isterinya itu dipukul tanpa belas. Dihumban isterinya itu ke dinding berkali kali.... Dan situasi itu berterusan untuk jangka masa yang agak lama. Isterinya menangis teresak esak. Ditatap wajah isterinya itu dalam - dalam. Lama. Namun tiada sedikit walau sebesar kuman sekalipun rasa belas di hatinya. Ketika itu, Nafsu dan Syaitan telah menyelimuti dirinya, sekaligus menghilangkan kesemua nilai kemanusiaan yang sebenarnya menjadi fitrah di dalam jiwa semua makhluk bergelar manusia.
Di saat hatinya yang hitam itu menguasai dirinya, matanya tertancap ke arah seutas rantai milik isterinya yang sedang tergantung kemas di leher isterinya. Di saat itu jugalah nafsu serakah yang semakin bergelora yang diperbarahkan lagi dengan bisikan halus syaitan2 dan iblis yang dikecam, menelinap masuk ke dalam diri seteru mereka lantas menghilangkan pertimbangan seorang manusia dalam dirinya.
"Aku nak rantai tu!!!Bagi aku sekarang!!" dia bukan tidak tahu, rantai itulah satu satunya harta peninggalan ayah mertuanya kepada isterinya yang masih wujud di badan isterinya. Yang lain2 sudah lama dijualnya untuk mendapatkan modal bagi memenuhi kehendak iblisnya setiap hari.
"abang, barang kemas yang lain abang boleh ambil, tapi bukan yang ini, inilah satu satunya harta pemberian ayah yang masih ada, bang"
"kau ni mmg bangsat lah perempuan, aku x kira!! yang aku tau, aku nak rantai tuh!!!.."
Pada masa yang sama dialog itu diucapkan, matanya terlotot ke arah anaknya, Aiman, seorang kanak2 berusia 5 tahun, berwajah sugul sedang lena dibuai mimpi. Lagi sekali syaitan berjaya menghasutnya. Disentap anak yang tidak berdosa itu. Diangkat dengan sebelah tangan.
"Woi perempuan, kalau kau nak anak kau selamat, beri rantai itu sekarang!!!"
"abang, tolonglah bang, saya tidak sanggup bang... bunuhlah saya, tapi jangan diapakan anak kita bang..." rintih isterinya... namun, apakan daya, hati yang keras, andai dicampak ke arah batu pun, batu itulah yang boleh berkecai dek kerasnya hati itu. tiada sekelumit pun perasaan belas yang mampu ditujukan kepada isterinya mahupun anaknya. Anak kecil yang tidak berdosa itu, menangis, meronta minta dilepaskan. Daya tenaga seorang kanak2 5 tahun, jika mahu dibandingkan dengan tenaga seorang dewasa sepertinya, mustahillah untuk dilawan.
Dia semakin hampir dengan pintu rumahnya. Dihadapannya kini tangga2 yang diperbuat daripada batuan keras yang sudah usang binaannya. Andai dicampak anak itu ke atas batuan itu, nescaya tiada peluang untuk anak itu merasa kehidupan lagi.
Isterinya menjadi tidak keruan. Tidak percaya dengan apa yang bakal dilihatnya, tidak termampu memikul azab yang bakal dirasainya andaikata anak itu dicampak, dia lantas merentap sendiri rantai miliknya itu.
"abang ambillah rantai ini, bang. Tiada makna rantai ini sekiranya abang ambil nyawa anak kita bang"
"Hahahahaahahaaha, bukankah senang sekiranya ini yang kau lakukan sedari awal lagi? hahahaha"... Anak itu lantas di letakkan dengan ganas di sebelah isterinya yang sudah tidak mampu menahan sendunya. Dua beranak itu hanya mampu menangis dan menangis mengenangkan nasib yang menimpa mereka.
Dia, tanpa memandang ke belakang, terus keluar meninggalkan isterinya bersama anaknya yang masih teresak esak di depan daun pintu yang terbuka luas mengumpamakan mata mereka yang tidak habis2 melepaskan air mata yang bercucuran...
Hari ini merupakan hari paling bahgia buatnya.. Berjayanya dia mengambil rantai itu bermakna masih ada peluang untuknya memenangi wang yang dipertaruhkan di dalam perjudiannya bersama rakan-rakannya...
Nasibnya baik. Dengan modal yang diperolehi daripada hasil jualan rantai itu, dia Berjaya memenangi wang yang berlipat kali ganda nilainya. Wang yang bernilai jutaan ringgit yang diperolehi hasil perjudian itu, ingin digunakan untuk membina hidup baru. Jauh daripada isterinya, jauh daripada keluarganya.. Juga jauh daripada kampung yang menjadi tempatnya hidup bersama keluarganya.
Namun itu dulu, saat keluarganya masih mampu di berada di sisi. Tetapi sekarang, semuanya hanya tinggal kenangan. Dirinya hanya keseorangan. Keseorangan memikirkan apa lagi yang bakal diterima sebagai balasan hidupnya di dunia dahulu...
Zassss....!!!! zasssss!!!!! Arghhh, libasan demi libasan yang diterimanya sudah tidak mampu member apa2 rasa di atas kulitnya. “syukur” itulah perkataan yang keluar dari mulutnya.. Tetapi, nikmat yang dirasakan menjadi miliknya itu akhirnya sirna serta merta. Kulitnya yang hancur, hilang punah itu digantikan serta merta dengan kulit yang baru. Terasa semula bagaimana azabnya dilibas dengan hentakan yang maha dahsyat...
“Allah!!!, Allah!!! Ya Allah, beginikah azabnya untuk menggantikan dosaku yang lepas?? Jika begitu, aku sanggup ya Allah, Aku anggup,” balasnya dengan suara parau yang terketar ketar. Ada lagi rupanya air mata yang berlinang di tubir matanya. Jiwanya kini sarat dengan kekesalan yang tidak mampu ditafsirkan dengan kata-kata. Menyesalnya kini tidak terhingga. Kesalnya terhadap isterinya. Kesalnya terhadap anak2, kesalnya terhadap kedua org tuanya. Semuanya telah menjadi sejarah hitam buat dirinya. Dan sekarang dia hanya mampu menerima seksaan demi seksaan yang mendatang.
Di saat dia menahan sendu itulah, atanya dapat menangkap kelibat satu lembaga yang sangat besar. Matanya merah menyala dengan gigi yang tajam menyeringai dating hamper ke arahnya............
erm... maaflah, cerita nih ana rase panjang lagi nk abes nih... jadi tunggulah sambungannyer, sementara ana mencari idea... selamat menunggu...
Comments
saudara umar
wpun aku x bce tp aku vote kan terbaik di situ :))