Skip to main content

Definisi Syirik

Adapun syirik itu ertinya adalah "mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" atau dalam lain perkataannya ialah "menduakan-Nya".
Salah satu contoh syirik ialah mengatakan bahawa nabi 'Isa as itu sebagai anak Allah. Syirik termasuk di dalam perkara2 yang membatalkan iman.

PEMBAHAGIAN SYIRIK.

a) Syirik Jali (Nyata).
Syirik Jali adalah mempersekutukan Allah secara terang-terangan.Misalnya ialah perbuatan menyembah berhala dan memohon sesuatu daripada sesuatu yang dianggap mempunyai kuasa; seperti memuja kubur yang dianggap keramat dengan tujuan hendak meminta nombor ekor.Lazimnya perkara seperti ini berlaku di kalangan orang-orang yang kurang berpendidikan agama.

b) Syirik Khafi (Tersembunyi).
Syirik Khafi pula adalah mempersekutukan Allah secara senyap2, iaitu tanpa diketahui oleh orang lain dan boleh juga terjadi tanpa disedari oleh orang lain serta diri sendiri; melainkan hanya Allah sajalah yang mengetahuinya.
Contoh syirik khafi yang disedari ialah:

1) Percaya kepada tangkal yang kononnya boleh membawa berkat
2) Percaya kepada bintang 12 untuk menentukan nasib(horoskop/ zodiak)

Contoh syirik yang hanya diketahui oleh Allah saja, ya'ni tanpa pengetahuan diri sendiri/ orang lain ialah:

3) Perasaan 'ujub, iaitu merasa megah dengan diri sendiri,(misalnya merasa bangga dengan kepandaian yang dimiliki dan menganggap bahawa kepandaian itu adalah hak diri sendiri yang mutlaq, walhal yang sebenarnya ia adalah milik Allah)

4) Perasaan riya', iaitu ingin dipuji, (biasanya terjadi apabila kita melakukan sesuatu perkara hanya semata2 untuk menuntut penghargaan daripada manusia, dan bukannya melakukannya kerana mengharapkan keredhaan Allah)

5) Perasaan takabur, iaitu merasa diri itu besar dan hebat dan tidak dapat dikalahkan,(misalnya merasa diri kita hebat dengan penciptaan kapal terbang dan dapat terbang untuk ke destinasi yang jauh, walhal kita tidak menyedari bahawa burung itu walaupun tidak ber'aqal, tetapi sudah terlebih dahulu pandai terbang daripada manusia)

6) Perasaan sum'ah, iaitu mahu kelebihan/kebaikan diri diketahui oleh orang lain,(misalnya berpura2 melakukan kerja 'amal , tetapi di dalam hati sebenarnya ingin menunjukkan kepada orang lain bahawa dia itu lebih baik daripada yang lain)

Pernah diriwayatkan, bahawasanya nabi besar kita, Muhammad saw pernah bersabda mengenai betapa bahayanya syirik 'khafi' itu: "..bahawasanya syirik khafi itu adalah umpamanya SEEKOR SEMUT HITAM yang berjalan di atas BATU YANG HITAM di waktu MALAM YANG KELAM.." Begitulah yang diumpamakan oleh Rasullullah saw , bahawa betapa bahayanya bahana syirik khafi itu terhadap kita, dan hanya Allah sajalah yang lebih 'alim ke atasnya..

Comments

Unknown said…
Saya pernah berubat dengan orang asli yg bukan islam tp dia tk lah suruh sy sembah apa2 kecuali dia meminta sendiri atok nenek nya menolong sy tp selepas 2 tahun sy sedar apa yg sy buat tu satu kesalahn besar dn kini saya sangt menyesali perbuatan saya itu tp masa tu pikiran saya memang kacau bilau sehingga tak terpikir apa yg saya buat tu berdosa besar ..tp dia tk de pulak membekal kan apa2 pada saya jd sy ingin tahu kedudukn syirik sy itu boleh kah encik bantu perbetul kan diri sy kerana sy sangt takut dgn azab Allah

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

。。。。

~"Najib asked the Queen, "Your Majesty, how do you run such an efficient government? Are there any tips you can give to me?"  "Well," said the Queen, "the most important thing is to surround yourself with intelligent people." Najib frowned, and then asked, " But how do I know the people around me are really intelligent?" The Queen took a sip of tea. "Oh, that's easy; you just ask them to answer an intelligent riddle." The Queen pushed a button on her intercom. "Please send Tony Blair in here, would you?" Tony Blair walked into the room and said, "Yes, my Queen?" The Queen smiled and said, "Answer me this please, Tony, your mother and father have a child. It is not your brother and it is not your sister. Who is it?" Without pausing for a moment, Tony Blair answered, "That would be me." "Yes! Very good," said the Queen. Najib went back home to ask Muhyiddin the same question. ...

Ha Ha Ha... Inilah FIRST LADY Malaysia..

aper pon, saya menegaskan, jangan meletakkan sebarang cemuhan ataupun tohmahan yang tanpa usul periksa... ingat, setiap manusia itu buat kesalahan... walaupun manusia yang asyik buat kesalahan, memikirkan dirinya sentiasa bagus, memkirkan dirinya first lady, menganggap dirinya penting, menggunakan duit beratus ratus juta sesuka hati, meletakkan mukanya dan namanya lebih tggi dari yang sepatutunya, bajet bagus, bermuka ala2 singa jantan, berwajah masam, sentiasa menaikkan kebencian orang ramai setiap kali muncul di depan kamera, menjatuhkna maruah kerajaan, maruah suami, agama, meletakkan tabarruj sebagai aset utama, tidak mengajar anak2 dengan sempurna, berpelukan dgn salman khan di hdpn khlayak ramai, memasuki masjid tanpa menutup aurat, menimbulkn kontroversi ... dan mcm2 lagi,, INGAT, DIA JUGA MANUSIA BIASA... BIMBINGLAH DIA, BIMBING DIA KE ARAH YANG BENAR.. SEMOGA DATO SERI NAJIB RAZAK TIDAK AKAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN2 YANG DITARIK KE NERAKA SEPERTI SABDA NABI.. 4 GOLONGAN LELAK...