Skip to main content

Wahai Penduduk SHAMS


Wahai penduduk SHAMS,


Hari ini, dunia semakin sempit, bahkan Malaysia semakin sempit, makin disempitkan lagi dengan pemikiran2 jumud yang perlu diperhapus. Malaysia semakin lemah dengan daya pemikiran matang pencetus dunia hebat. Malaysia semakin miskin dengan Ulama' akhirat yang boleh memandu manusia lain yang lupa...Malaysia semakin tenggelam dengan arus kejahilan manusia tidak terbatas... Malaysia juga semakin kelam dari sinar sebenar Islam, deenul Haq...


wahai penduduk SHAMS,


Agama yang sebenar perlu dihayati, perlu disemat dalam diri, itulah TUJUAN UTAMA SMKA SHAMS ditubuhkan. Untuk melahirkan hasil yang gemilang bukan setakat dalam akademik.. Tetapi, dari segala sudut, setiap bidang. Dari dunia sampai akhirat, SMKA SHAMS mahu produk2nya cemerlang dari setiap sudut.


Namun, hari ini, amalan2 mahmudah yang disemai hanya bertahan di sekolah. pelajarnya semakin alpa dengan cabaran dunia. Bisikan syaitan, Ajakan nafsu semakin diikuti. lupa. Pelajar SHAMS hari ini lupa... mereka kabur dengan identiti mereka. Allah hanya di mulut, bukan di hati.


wahai Penduduk Shams,


mengapa perlu dipersoal akan tentangya budaya?? Mengapa perlu dipersoal akan tentangnya adat??? Mengapa perlu dipersoal akan tentangnya Kepentingan??? ya, memang bertudung labuh itulah budaya SMKA SHAMS... tetapi adakah itu merupakan tiket untuk bertudung separa tutup menampakkan bentuk2 yang x spttnya, bertudung separa legap menampakkan bantuk tengkuk dan rambut di luar??? memang berkopiah adalah budaya di SHAMS, tetapi adkah ia sebagai tiket untuk berpacak rambut di luar... Bukan sekali kali tujuan budaya untuk bangga memperlihatkan kepada masyarakat luar bahawa remaja hari ini hanyut dengan budaya barat, berpegangan tangan, bdua duaan di luar sekolah!!!


tetapi budaya yang dipersoalkan inilah, tujuannya untuk mntadrib remaja, mengajar manusia apakah itu biah Islamiah sebenar.. apakah itu masyarakat ISLAM.. dan apakah itu sebenarnya yang di maksudkan dengan Dunia Itu Penjara Bagi Mukmin, tetapi Syurga Bagi Kafirin....


wahai Pelajar SHAMS,


Islam itu Gharib ketika datangnya pada awal, dan akan kembali gharib pada akhirnya zaman, maka beruntunglah org2 yang gharib...


Ya, memang janggal, bertudung labuh di luar.... memang janggal berkopiah di luar... tapi ingat, Nabi kata, Beruntunglanh org yang janggal... Itu janji Rasulullah... Bumi SHAMS tujuannya tempat kita belajar, belajar mngubah negara menjadi negara yang ISLAM pada dasar nya dan ISLAM pada Zahir dan Batinnya....


Kita belajar bagaimana mahu mendapatkan nikmat sebenar daripada Allah...


Untuk apa kita bermesra lelaki perempuan dengan haram di dunia??? sedangkan Allah janjikan Bidadari dan Habuan yang tidak terlintas dek akal, tidak terdengar dek telinga dan tidak termampu dek pemikiran untuk menjangkakannya???


Ingat... Hidup di dunia hanyalah sementara, bahkan akhiratlah yang kekal abadi.....


Wahai Penduduk SHAMS,


Marilah kita perkuat iman, kita tggl segala maksiat. kita tahan nafsu serakah dunia. Di sekolah mahupun du luar.... Couple, semua masalah2 bodoh, kita sifarkan.. sama2 kita perhebatkan ISLAM... Allah itu maha wujud.... Allah Maha Melihat.... Allah Maha Berkuasa...


Comments

as-syuhada said…
ana mmg setuju dgn pendapat anta...sayang bukan semua memahami tujuan smka itu sendiri(sentiasa mengabdikan diri kepada Allah).. maka hari ni bermulalah tugas kita..
AbdullahUmar said…
Allah itu sentiasa bersama orang yang merasai manisnya bersyariat...
Anonymous said…
moga2 pemimpin SHAMS akan datang dapat meneruskan perjuangan Islam di bumi Shams yang bertuah ini...
Anonymous said…
Kecemerlangan kita bukan hanya di sekolah tetapi yang membuktikan kecemerlangan kita adalah di luar nanti.. mampukah kita menjadi orang yg betul2 bertaqwa kepada ALLAH apabila berada di luar nanti??? Sama-samlah kita betulkan niat kita apabila belajar.. bukan hanya sekadar hendak menjulang 11 A+ tetapi hanya semata-mata kerana Allah s.w.t.. Insya Allah dengan niat yang ikhlas, amalan kita diterima Allah.. Amin...

Popular posts from this blog

Mimpi yang dah bukan angan angan

Assalamualaikum. Bila kau da bole baca entri aku ni, maknanya aku da sampai la di jepun ni. Macam macam aku nak cerita sebenarnya kat sini. Sepanjang aku dalam perjalanan dari KLIA sampai la ke jepun ni, aku nak cerita macam2. Setiap kali aku rasa benda tu aku nak cerita, aku teringat kat Blog aku ni. Serius . Sumpah. X tipu. Tapi bila aku da mula menaip ni, aku terus lupa. Blank. Alaaa, macam kau dalam dewan exam selalu tu laa. hermm Aku smpai Narita Airport pukul 10 pagi. time tuh semua tgh eksaited lagi. Turun2 plane je, sume tarik nafas pnjg2, simpan dlam mulut pastu lpskn slow2. Sume nk rase becakap kluar 'asap'. HAHA. Termasuklah aku ni. Eksaited gila. Sampai nk bercakap pun slow2, sbb nk tgk asap kluar mulut. haha macam2. Memula, kami di ajak pergi ke Excel Hotel, Tokyo. dgr2 briefing, pastu makan2. sedap woo. ahaha. Jepun ni mmg betul2 disiplin. Yang kau dengar tepati masa, x lambat, ikut peraturan tu, tu mmg sume betullah tu. X salah. Xda tipu2. Kat mana lagi

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kant

Hati2 AGENDA YAHUDI!!

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dpt jugak ana bertulis tulisan kt blog ana ni.. Aperpon hari ini, ana nak memberitahu kpd semua saudara ana yang Islam dkt luar tuh, Satu lagi agenda org yahudi dan seangkatannya utk melemahkn umat Islam.. Utk menjatuhkan kesucian serta kekuatan umat Islam. Bagaimana??? yaa, pengeluaran barang2 makanan yang mengandungi Ingerediet2 haram di dalamnya... Isu ini sebenarnya sudah lama dihebahkan kepada Umat Islam.. cuma mereka maseh belum yakin, pasti dan betul2 bersedia meninggalkan makanan2 tersebut... Secara dasarnya, kita diharamkan utk memakan apa saja makanan yang mengandungi substance2 yang haram utk kite makan, X kirelah, babi ker, anjing ker, hatta binatang yang dasarnya halal pon, jika kita makan secara haram, maka haramlah ia. Namun, di sini, ana ingin mengatakan ttg makanan2 yang selalu kita makan, ttp, sebenarnya tidak wajar utk kita memakannya. Masyarakat hari ini lebih gemar memakan makanan yang mudah, instant dan sedap, sehinggakan kadang2 l