Skip to main content

AiDil AdHa di PelAngAi!!

Allahuakbar!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! laaa Ilaahaillallaahu wAllahuakbar!! Allaahuakbar walillahilhamd!!...

Takbir raya beralun syahdu di keheningan subuh yang permai lagi indah. Seawal 5.50 pagi, aku bangun dengan perasaan dan pemikiran yang masih lagi mamai dan akalku masih lagi kurang dari segi kewarasan. Aku lantas mencapai tuala jinggaku lalu bergegas menuju ke kamar pembersihan.

"Sahaja aku mandi sunat hari raya aidil adha kerna Allah taaala.."

Seusai pemandianku, aku segera menyarungkan baju melayu hijau dan kain sarung coklat gelapku. Kopiah ku sarungkan ke atas kepalaku menutupi sebahagian besar kawasan rambutku.

"Sahaja aku solat fardhu subuh 2 rakaat, sebagai imam, kerna Allah taala"

"Allahuakbar"

Aku melengkapkan solat subuhku dengan bacaan surah As-Sajdah mengimami adindaku. Memang menjadi perkara yang sunat untuk orang muslim membaca surah sajdah dan melakukan sujud sajdah ketika solat subuh di hari Jumaat. Aku terus menyudahkan solatku dengan memberi dua salam setelah selesai melakukan rukun2 yang lain

Aku terdengar deruman enjin kereta dari perkarangan kediamanku. Tahulah aku bahawa bapaku baru sahaja pulang dari menunaikan solat subuhnya di masjid. Selesai berwirid dan berdoa, aku mengucup tangan bapaku dan kakakku.

Aku lantas merehatkan mindaku. Di corong speaker televisyen masih kedengaran lunak suara Takbir yang dialunkan dengan merdu sekali oleh para artisan melayu malaysia. Aku berfikir, ermm, bagus juga mereka ini yaa.. hmm..

Tepat jam 8 pagi, kami sekeluarga turun ke masjid qariah kg pelangai bagi melaksanakan solat sunat aidiladha kami pada tahun itu. Solat sunat yang disyariatkan kepada umat Islam 2 kali setahun untuk melaksanakannya. Setibanya kami di sana, kami disambut mesra oleh JK Masjid tersebut.

Aku melangkah masuk ke masjid Pelangai yang dilengkapi dengan 4 unit pendingin hawa. Ermm, nikmat... zaman Rasulullah dahulu, jangankan pendingin hawa, lantai pun hanya dialasi dengan tikar. MaasyaAllah, agungnya nikmat mu ya Allah, menguji jiwa2 manusia pada akhir zaman.

Setelah melakukan solat sunat tahiyatul masjid, aku bersembang seketika bersama sahabatku, Khusyairi yang merupakan pelajar SMAP LABU. Kami berkongsi cerita akan perihal sekolah, negara dan macam2 lagi.

Tidak lama selepas itu, solat aidilaadha bermula. Dengan dipimpin bapaku yang juga merupakan seorang imam di masjid tersebut, kamu seluruh makmum di masjid itu bersolat dengan khusyuk sekali. Seusainya solat, kami mendengar khutbah yang disampaikan oleh bapaku juga.


selesai khutbah, kami pun berangkat pulang ke rumah. Kami bermaafan satu keluarga. Setelah selesai bersalam salaman dan sebagainya, kami bergambar kenangan bersama.

Walaupun peristiwa aidilAdha ini tidak mengambil masa yang panjang, namun, disebaliknya, kesedaran yang wajib diamati oleh setiap umat muslim wajiblah diambil berat. Bagaimana hebatnya nabi Ismail dalam melalui ujian Allah untuk dikorbankan, perlulah diambil contoh bagi setiap Muslim...

sekian..

Comments

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kan...