Skip to main content

Wahai Penduduk SHAMS


Wahai penduduk SHAMS,


Hari ini, dunia semakin sempit, bahkan Malaysia semakin sempit, makin disempitkan lagi dengan pemikiran2 jumud yang perlu diperhapus. Malaysia semakin lemah dengan daya pemikiran matang pencetus dunia hebat. Malaysia semakin miskin dengan Ulama' akhirat yang boleh memandu manusia lain yang lupa...Malaysia semakin tenggelam dengan arus kejahilan manusia tidak terbatas... Malaysia juga semakin kelam dari sinar sebenar Islam, deenul Haq...


wahai penduduk SHAMS,


Agama yang sebenar perlu dihayati, perlu disemat dalam diri, itulah TUJUAN UTAMA SMKA SHAMS ditubuhkan. Untuk melahirkan hasil yang gemilang bukan setakat dalam akademik.. Tetapi, dari segala sudut, setiap bidang. Dari dunia sampai akhirat, SMKA SHAMS mahu produk2nya cemerlang dari setiap sudut.


Namun, hari ini, amalan2 mahmudah yang disemai hanya bertahan di sekolah. pelajarnya semakin alpa dengan cabaran dunia. Bisikan syaitan, Ajakan nafsu semakin diikuti. lupa. Pelajar SHAMS hari ini lupa... mereka kabur dengan identiti mereka. Allah hanya di mulut, bukan di hati.


wahai Penduduk Shams,


mengapa perlu dipersoal akan tentangya budaya?? Mengapa perlu dipersoal akan tentangnya adat??? Mengapa perlu dipersoal akan tentangnya Kepentingan??? ya, memang bertudung labuh itulah budaya SMKA SHAMS... tetapi adakah itu merupakan tiket untuk bertudung separa tutup menampakkan bentuk2 yang x spttnya, bertudung separa legap menampakkan bantuk tengkuk dan rambut di luar??? memang berkopiah adalah budaya di SHAMS, tetapi adkah ia sebagai tiket untuk berpacak rambut di luar... Bukan sekali kali tujuan budaya untuk bangga memperlihatkan kepada masyarakat luar bahawa remaja hari ini hanyut dengan budaya barat, berpegangan tangan, bdua duaan di luar sekolah!!!


tetapi budaya yang dipersoalkan inilah, tujuannya untuk mntadrib remaja, mengajar manusia apakah itu biah Islamiah sebenar.. apakah itu masyarakat ISLAM.. dan apakah itu sebenarnya yang di maksudkan dengan Dunia Itu Penjara Bagi Mukmin, tetapi Syurga Bagi Kafirin....


wahai Pelajar SHAMS,


Islam itu Gharib ketika datangnya pada awal, dan akan kembali gharib pada akhirnya zaman, maka beruntunglah org2 yang gharib...


Ya, memang janggal, bertudung labuh di luar.... memang janggal berkopiah di luar... tapi ingat, Nabi kata, Beruntunglanh org yang janggal... Itu janji Rasulullah... Bumi SHAMS tujuannya tempat kita belajar, belajar mngubah negara menjadi negara yang ISLAM pada dasar nya dan ISLAM pada Zahir dan Batinnya....


Kita belajar bagaimana mahu mendapatkan nikmat sebenar daripada Allah...


Untuk apa kita bermesra lelaki perempuan dengan haram di dunia??? sedangkan Allah janjikan Bidadari dan Habuan yang tidak terlintas dek akal, tidak terdengar dek telinga dan tidak termampu dek pemikiran untuk menjangkakannya???


Ingat... Hidup di dunia hanyalah sementara, bahkan akhiratlah yang kekal abadi.....


Wahai Penduduk SHAMS,


Marilah kita perkuat iman, kita tggl segala maksiat. kita tahan nafsu serakah dunia. Di sekolah mahupun du luar.... Couple, semua masalah2 bodoh, kita sifarkan.. sama2 kita perhebatkan ISLAM... Allah itu maha wujud.... Allah Maha Melihat.... Allah Maha Berkuasa...


Comments

as-syuhada said…
ana mmg setuju dgn pendapat anta...sayang bukan semua memahami tujuan smka itu sendiri(sentiasa mengabdikan diri kepada Allah).. maka hari ni bermulalah tugas kita..
AbdullahUmar said…
Allah itu sentiasa bersama orang yang merasai manisnya bersyariat...
Anonymous said…
moga2 pemimpin SHAMS akan datang dapat meneruskan perjuangan Islam di bumi Shams yang bertuah ini...
Anonymous said…
Kecemerlangan kita bukan hanya di sekolah tetapi yang membuktikan kecemerlangan kita adalah di luar nanti.. mampukah kita menjadi orang yg betul2 bertaqwa kepada ALLAH apabila berada di luar nanti??? Sama-samlah kita betulkan niat kita apabila belajar.. bukan hanya sekadar hendak menjulang 11 A+ tetapi hanya semata-mata kerana Allah s.w.t.. Insya Allah dengan niat yang ikhlas, amalan kita diterima Allah.. Amin...

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

Aku tulis lagi

.: prolog :. ...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal... (siap ada prolog lagi. haha. saja nak test) Assalamualaikum.  Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm.  Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kan...