Skip to main content

AidiL AdhA di Kg. LonEk

Assalamualaikum...

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah kamu”. (Al-Kausar, 2)

“Dari Ibnu Umar radiallahu ‘anhuma berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menetap (mukim) di Madinah selama sepuluh tahun, baginda tetap menunaikan korban”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

“Diatas setiap ahli bait (ketua keluarga) hendaklah ada sembelihan (korban/udhiyah)”. (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Majah. Hakim (disahihkan oleh beliau)

“Di masa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam, setiap seseorang lelaki berkorban dengan seekor kambing untuknya dan untuk keluarganya”. (H/R Tirmizi, kitab al-Adhahi 2/1216 (hadis ini disahihkan oleh beliau). Dikeluarkan oleh Ibnu Majah, 2/2546 (dengan sanad yang sahih). Hadis ini disahihkan juga oleh Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

Hari ini, ana ingat, ana nak kongsi sedikit pengalaman ketika ana menyambut hari raya Haji di Kampung ana yang terletak di daerah Jempol, mukim Batu Kikir, Kg. Masjid Lonek, Rumah no.3.

Ehem2... malam tu, iaitu malam Jumaat, ana, ayah ana dan adek bradek lelaki yang lain berangkat pulang menuju ke Batu Kikir menaiki van veteran hijau ana. Kakak sulong ader keje, mak ader keje, kakak no. 2 study, SPM!!, yang adek lg sorang tuh.. nta bwat aper ntah..

Dipendekkan cter, smpailaa ana kt umah atok ana. Uwan daa xder daa, meninggal dunia tahun lepas. Sesampai jer, ana tros tdo. Mlm tu jugak qerabat ana yaitu paklang ana berserta anak2 dy ngn pakcik ana yang kami gelarkan dengan panggilan Ciktiar, tiba di rumah.

Esoknya, setelah bersiap diri, kami menonton televisyen sebentar. Tgh syok2 tonton cter khas aidil Adha, atok ana panggil ana.

"Banglang, pg tolong abah ko tu haa mesin rumput tgh laman tu hah! Kojap laie lombu nk smpi daa haa!!!"

puuh.. lembu daa nk smpai.. Lembu nih merupakan seekor lembu ternakan mak kepada isteri pakcik ana. Lembu tuh jugaklah yang akan digunakan sebagai binatang yang akan dikorbankan nnti. "yeah, lembu daa nk smpi.."

X lame lps tuh, smpi laa lembu tuh dgn menaiki sebuah lori yang biase2(xder special pon). Lembu nih , sepanjang umor ana ikot orang sembelih lembu, lembu ni laah yang paling ssh skali nak diuruskan.. Garang cam ghimau.


Tuh, dye tenung jer daa mcm ibu ayam yang ditibai anaknyer... 

Ujian pertama, nak turunkan lembu nih. Pergh.. payah bebonar!!.. Tuan lembu nih pun x dapat nk bwat paper... Kelam kabut jdk eh. Mase tuh sumer org daa mcm jem, blur dan bengang sbb x tao nk bwat aper dah. Dkat setengah jam lps tuh... keadaan yang ssh nk dikawal itu akhirnya dapat gak dikawal lepas imam kg ni dtg. 

"Beghanjak hah!! Topi, bia den buek!! Den ni daa berpuloh tahon menyomboleh, boratuih ekor lombu den tumbangkan dah"

Semua org yang laen, terpinge pinge setelah melihat tok imam tadi dengan mudah merebahkan lembu tuh.. Pergh, stylo sungguh, seorang atok imam yang berusia lebih 75 tahun bisa menumbangkan seekor lembu.. Makan aper imam nih??


lembu yang dah berjaya ditumbangkan selepas 58 minit berusaha..

Baik, cabaran kedua, Usaha mengikat kaki lembu. usaha ini Alhamdulillah, dapat diselesaikan dengan cemerlang oleh para hadirin dengan bantuan para belia yang gagah menegakkan Islam. Alhamdulillah... Untuk menyembelih lembu nih, mesti ader kayu sebagai penahan leher lembu nih... dan tugas kayu tuh diberi kpd...


Tuh,baju oren yang menyangkung tuh, abah ana, yang menonggeng tuh laa imam power td.. tabik saye, yang pegang kayu tuh... saper tuh??

Akhirnyer, lembu tadi pon berjaye disembelih dengan bacaan basmalah... Allahuakbar!!

haaaa... setegar tegar lembu, akhirnya jatuh mencium pokok juga...

Waktu selesai sembelih tuh, ana dapat tgk mcm maner seksenye SAKARATULMAUT.. Lembu tadi menghembuskan nafas2 nyer yang terakhir dengan sangat seksa sekali!! darah yang memancut keluar tidak ubah seperti paip bocor yang perlu diperbaiki.. seram melihatnya.. Bagaimana lah saat aku ditarik nyawa nnti.. Ya Allah, permudahkan lah matiku yaAllah...

selesai proses menyembelih... sesi melapah daging. Ana amek sebelah kaki lembu untuk dilapah... Sonok gak keje tuh senanyer... Rase cm daa jadik Butcher! Kejam sungguh!


cuber kire, perut lembu ader bper???

Sedang sebahagian mengasingkan daging untuk diagihkan, sebahagian lagi melapah dengan sangat komitmen sekali... Bagus!! inilah mobilasi manusia!!

Sedang ana memotong2 daging yang ader kt peha lembu tuh, Atok ana sekali lagi memberikan arahannya dengan sangat slumber skali..

"Banglang, lps nih, amek motor maksu, agihkan daging2 nih kt semua penduduk kg nih!! msti semue dpt!! Phm??"(dialog ini ana memper'KL'kn bahsenyer supaya mudah difahami)

Aduihh.. dyer nih x tau ker yang aku tgh leteyh nih!! Getus atiku berdetik sendirian...

"Banglang ok lah tuh, bule jmper awek lawo kt kg nih.." cdg adek saudara ana. "Chet! awek kpale ko!! ko tau qorban nih aper?? ak qorban ko tau laa" ana ckp..

"Erm, ok laa tok.. bule jln2 kg nih.." ttber aku stuju.. pdhl aku leteh nih... adoi aii...

Ana pon aper lg, lps abeh jer keje melapah daging, tros amek motor mksu ana, dengan membawa adek saudara ana sebagai pembonceng tunggal, ana mengisi ruang2 kosong motor lagenda tuh ngan berbondong bondong plastik beg berisi daging2 lembu yang sudah siap didacingkan... dacing nih warne ijau, bukan biru pekat ek...

Ana pon berjalan meronda kg tuh ngn niat di hati ingin mengagihkan daging2 td kpd sumer org kg...mcm2 reaksi ana jmper...

"tmer kaseh laa yo anak suli ooii, nih anak zimah ko?? ooo... ok2 kemslm mk nnt yo.."

"dari mano daging nih jang ooiii?? Oooo. Tok duko yoo?? ooo. timo kaseh2"

"Apo?? Qurban?? apo lak bagi den plak?? ooo, yo x yo jugak, tmo kaseh2"

tuh OK lagi, ader plak yang ckp "dek, saye x nk beli daging nih, tme kaseh laa yee",...>>

reaksi2 di atas sedikit sebanyak membuka ruang pemikiran ana, memberi persepsi kpd ana bahawasanya pddk kg kter nih hidop dlm keadaan yang sgt harmoni. Semuanya saling bermesra dan mengenali antara satu sama lain.. Bagai aur dgn tebing, bagai isi dengan kuku, kerjasam priority mereka, ukhuwwah benteng mereka,... Alhamdulillah..











seorang ibu yang tersenyum kegirangan selepas dihadiahi sebungkus daging Qurban...












"Baiknye anak ni.. nanti daa besar, jangan kawen dulu tau, tggu anak makcik baligh dulu yee"











menaiki motosikal untuk mengelilingi kg Lonek, Kg. Kuala Sialang, Kg Sg Talang, dan yang sewaktu dengannya... untuk menydekahkan daging2 qurban hari itu...

Pergh.. ronda punye ronda, jam daa pukul 2 lebeh... yang peleknyer, x rase leteyh plak bwat keje nih.. erm.. kuasa Allah...

Lepas smayang zuhur... ana saje2 jer trun ke dapur.. Bajet nk menziarahi kaum qerabat yang sedang sibuk menyiapkan persiapan untuk majlis tahlil malam tuh... tp, tbe2 jer...

"Banglang sini kejap"... Ana daa tau daa aper mkner nyer tuh...

 










Hahhh... bwat kuih apam!! tulaa sbb pemanggilan namaku tadi... bule laaa.. trase plak bahang raye nih... mcm raye aidilfitri rasenye.. bwt kuih raye... awww..

Khusyok2!!

Fuhh... rasenyer daa byk daa bnder ana bwat hari tuh... erm.. mlm tuh, Majlis berjalan dengan adil dan saksamanya... Alhamdulillah.. xder gangguan mahupun kecelaruan berlaku....

Esoknyer, ana pulang ke rumah... sebelum tuh sempat singgah ke kawasan perkuburan Masjid Lonek; tempat Uwan, Pakngah, Cikmi, dan adik bongsuku, Nurul Syahidah disemadikan... Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan orang2 yang beriman... Amiin











Sampai sini sahaja post ana ntok ari ni...

BARAKALLAHUFIIKUM...







              






    

                                      

Comments

Popular posts from this blog

Panggang Ayam - Gune Tin Biskut???

Assalamualaikum... Hari ni, ana nak beri sedikit tnjuk ajar bagaimana nk memanggang ayam dgn sgt senang sekali. Mudah, pantas dan bla33... Ana baru balek dari sebuah program, namenye kem jambori remaja 2009, anjuran ALTIS, sebuah konsultan Anak muda yang sedang giat memperjuangkan Islam dgn membina dan melahirkan seberapa banyak generasi baru yang bakal menggegar dunia sebagai modal insan ummat akhir zaman. Kem yang menyeronokkan ini sedikit sebanyak berjaya mengisi masa lapang ana di musim cuti ini dgn cara yang sgt bermakna. Nak di jadikn citer, ader satu slot pada hari ke2 program ini, yang maner namenyer ialah Kembara Dik Cerdas.. Aktiviti ini mempunyai 8 checkpoint. Yang ana nak citer nih, satu checkpoint yang mner budak2 nih kner merebus/memasak/menggoreng/memanggang sebiji telur dan memastikannya mampu ditelan oleh tekak2 para peserta... waawawawawaw... Peserta2 yang diwakili kanak2 berusia 9-12 tahun ini, bagaimanapun, sedikit sebanyak berjaya melakukan cabarn ini walaupun dgn ...

JuN??

satu hari, ketika berlegar di ruang sesawang yang bersawang nih... terlihat aku akan sebuah blog yang menulis... "kpd sape2 yang nk tahu rahsia bln kelahiran anda sile smskn kpd 32999... haha*... bknlah... smskn kpd blog saye ye..!! hehe insya Allah.. *gelak itu adalah ikhlas... Jadik, ak pon bls laaa.... dgn bertanye akan bulan jun... dgn itu dy mereply... JUN *Berfikiran jauh & berwawasan. *Mudah ditawan kerana sikap baik. *Berperangai lemah lembut. *Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. *Idea yang terlalu banyak di kepala. *Bersikap sensitif. *Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). *Sukar melakukan sesuatu dengan segera. *Bersikap suka menangguh-nangguh. *Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. *Cepat marah & cepat sejuk. *Suka bercakap & berdebat. *Suka buat lawak & bergurau. *Otaknya cerdas berangan-angan. *Mudah berkawan & pandai berkawan. *Seorang yang sangat tertib. *Pandai mempamerkan sikap. *Mudah kecil h...

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...