Skip to main content

Mimpi yang dah bukan angan angan

Assalamualaikum.

Bila kau da bole baca entri aku ni, maknanya aku da sampai la di jepun ni. Macam macam aku nak cerita sebenarnya kat sini. Sepanjang aku dalam perjalanan dari KLIA sampai la ke jepun ni, aku nak cerita macam2. Setiap kali aku rasa benda tu aku nak cerita, aku teringat kat Blog aku ni. Serius . Sumpah. X tipu. Tapi bila aku da mula menaip ni, aku terus lupa. Blank. Alaaa, macam kau dalam dewan exam selalu tu laa.

hermm


Aku smpai Narita Airport pukul 10 pagi. time tuh semua tgh eksaited lagi. Turun2 plane je, sume tarik nafas pnjg2, simpan dlam mulut pastu lpskn slow2. Sume nk rase becakap kluar 'asap'. HAHA. Termasuklah aku ni. Eksaited gila. Sampai nk bercakap pun slow2, sbb nk tgk asap kluar mulut. haha macam2. Memula, kami di ajak pergi ke Excel Hotel, Tokyo. dgr2 briefing, pastu makan2. sedap woo. ahaha.

Jepun ni mmg betul2 disiplin. Yang kau dengar tepati masa, x lambat, ikut peraturan tu, tu mmg sume betullah tu. X salah. Xda tipu2. Kat mana lagi kau boleh jumpa ketapi yg betul2 tepat waktu bgerak dan waktu smpainya mcm yg ditulis kat tiket? Aku dapat tiket shinkansen, tulis dy akan bgerak jam 2:56 dan akan smpai destinasi pukull 4:37 ptg. Aku dpt2 j, aku trus tgelak. apasal la punya bnde komakai atau bahasa pasarnya 'detail' mcm tu pon nk tulis? tulis je la pukul 3. senang. jimat dakwat. lagipun, sapa yang nak heran benda macam tu. haisshh. Tapi sebenarnya mmg tepat. betul. Tepat2 2:56, tanpa sebarang amaran atau peringatan, mmg shinkansen atau bhasa KL nye bullet train tu, trus gerak. Laju doe. 4 ratus km dlm 1 jam stgh. not bad.

X lama lepas tu. Satu benda yang aku da expect, tp x sangka berlaku betul2, tepat2 4.37 ptg, shinkansen tuh btol2 berhenti depan sendai station. Yeah. 1 myth proved. Haha. okeh fine, mungkin sebab shinkansen ni sebuah train, yang mmg laju, jadi smpai on time. Ok xpe xpe.bnde len msti kantoi ni.
depan sendai station atau org kampung aku panggil Sendai Eki.

Aku dan kawan2 aku lagi 6 org, Rasol, Ihsan, Shafiee, Masturah, Farahanis, n Norehan disambut oleh senpai aku yg sangat hensem dan cun serta baik. Dorang mmg senpoi r.Erm, bole tahan la. Sepanjang aku kluar dari Sendai station tuh, aku melilau2 jugaklah mata mencari kalau2 ada smpah yg berspah atas jalan raya atau tepi2 bangunan tu, tapi memag x jumpa. Yang ada tu, bekas2 tahi burung yang dah dibersihkan. Lain2, xda. Tapi aku ternampak satu tahi anjing. Senpai2 ak ckp, itu mmg rare case yg blaku. Ada satu senpai ni tgh buat master tahun kedua ckp, spnjg dy dok jepun,  tu first time dy nmpk tahi anjing atas jalan. Kat jalan2 tu pon x banyak tong sampah. Sebab tu aku hari tu, sanggup pgg kotak air yg aku minum sehari suntuk. X kn nk buang merata. Malu. Ni bukan Malaysia.

Aku nampak jugak dorang ni merokok. Ramai prokok kat Jepun ni. Kau nampak awek yg cun kulit putih mulus pon, masih tinggi lagi probability utk kau nampak dy mrokok. Tapi dorang mrokok kat tmpat khas j. Waktu jalan kt situ, aku xnmpk org mrokok sambil brjalan. Dorang mmg patuh kalau nmpk sign KIN'EN,  atau dilarang merokok, mmg dorang x mrokok. X macam kat msia, sebelah sign dilarang mrokok pn bole mrokok agy. Polis pon sama j. so, kalau dorang nk mrokok, dorang berkerumun la kat sign 'ruang merokok' n rokok situ. Muka masing2 feel j.

Aku sampai rumah senpai ni petang. Malas lah nak cerita panjang2. Tapi malam tu best la. Dalam suhu 7 darjah, (xde la sejuk mana pun) tapi angin yg bertiup laju dan sejuk gila2 tu mmg bole buat kepala kau keras. haha. Pagi makan kat satu kedai ni. Makan Pizza. Igt an senpai nk belanja. upenye bayar sndri. ==''. satu pizza ¥399.Mahal x mahal jugak la. sebbek air bole minum mcm kat carls jr.

Malasnya nak type panjang2. Nanti lain kali aku cter lagi. Tapi waktu balik tu, dah masuk 11 lebih dah. Kami berjalan. Kat Jepun ni mmg org ramai berjalan je. kalau x jalan pon, nek beskal. Ada la dalam 2,3km pjlanan kitorang. Waktu nk balik tu, ada aku nampak sorang laki ni benti sorang dpn traffic light, tggu waktu bole mlintas. Walaupun time tu xde sbijik keta pon, xde sehelai basikal pon, dorang punya lurus, dok benti pn traffic tu. Ini satu budaya yang aku kompem sampai mati pon aku xkn nampak kat malaysia. Dorang mmg patuh bab ni. Kalau traffic light tuk pejalan kaki tu merah, kau mmg xkn nmpk dorang langgar red light tu. (kat tempat aku la. mana tau la kalau dorang ni hipokrit, nmpk foreigner tros jadi baik, mana aku tau kn), Jadi, bila aku nk melintas, Walaupun xda sebijik kete atau motor pon, aku skg ni akan tggu sehingga hijau. Fuh, aku x percaya.

ni kawan2 aku tgh solat. style kn?

Apa aku nk simpulkan kat sini, Jepun ni mmg berbeza gila dgn Malaysia. Yang aku bole nampak, dari segi mentaliti. Dan aku yakin, kalau bab ni, org malaysia dtg sini pun, dy akan terus terikut dgn disiplin yg macam ni. Kau x bole buang sampah dari rumah sesuka hati. Lain hari, Lain sampah yg dy kutip. Rumah sampah kat sini xde yg berlendir2 macam malaysia. Rumah2 flat sini xde kau nampak sampah belakng rumah. sini memang bersih. orang2 dy pon bersih. Pakai mask stiap masa bagi yg demam org selesema. Tandas dorang x pakai air sgt. So, x basah la lantai. Sebab tu bersih gila. Aku bole yakin kalau nk berkaki ayam kat situ. Sumpah bersih. Aku dah berpengalaman solat atas lantai Mall. Mmg orang pelik bila tgk. Tapi benda2 macam ni buat aku lebih berhati2 nak solat. Nak jaga waktu solat. Sebab selama ni kita duduk di zon selesa. Sebgai muslim, negara muslim macam malaysia ni mempunyai semua benda untuk kau solat. Sini mana ada surau. Kata orang, bila kehilangan sesuatu tu, baru kau nak hargai.

Aku nak belajar macam2 kat sini. Yang aku tulis ni pun, sikit j. sebab malas. Aku pun belum beli kamera atau fon lagi. So, xde la aku nk upload banyak2 gambar an. Nanti2 lah.

Memang betullah, Manusia terbentuk dgn atmosfera dy. Ya, mengamalkn solat kat sini mmg agak susah. Subuh pun pukul 4.30 skg. Tapi kau jangan risau. Solat j susah. Cari makan halal je susah. Tapi nk amalkn amalan muslim, sangat senang. Sebab Jepun ni negara yang penuh dgn amalan islam. Cuma kurang dari hidayah Islam.

Comments

nur shieza said…
best giler korang ramai..huhu
Anonymous said…
Mantap2 - cai (bukan nama sebenar)

Popular posts from this blog

Panggang Ayam - Gune Tin Biskut???

Assalamualaikum... Hari ni, ana nak beri sedikit tnjuk ajar bagaimana nk memanggang ayam dgn sgt senang sekali. Mudah, pantas dan bla33... Ana baru balek dari sebuah program, namenye kem jambori remaja 2009, anjuran ALTIS, sebuah konsultan Anak muda yang sedang giat memperjuangkan Islam dgn membina dan melahirkan seberapa banyak generasi baru yang bakal menggegar dunia sebagai modal insan ummat akhir zaman. Kem yang menyeronokkan ini sedikit sebanyak berjaya mengisi masa lapang ana di musim cuti ini dgn cara yang sgt bermakna. Nak di jadikn citer, ader satu slot pada hari ke2 program ini, yang maner namenyer ialah Kembara Dik Cerdas.. Aktiviti ini mempunyai 8 checkpoint. Yang ana nak citer nih, satu checkpoint yang mner budak2 nih kner merebus/memasak/menggoreng/memanggang sebiji telur dan memastikannya mampu ditelan oleh tekak2 para peserta... waawawawawaw... Peserta2 yang diwakili kanak2 berusia 9-12 tahun ini, bagaimanapun, sedikit sebanyak berjaya melakukan cabarn ini walaupun dgn ...

Kitab Baru Pelajar Malaysia

Assalamualaikum. Doktor Mahathir cadangkan kerajaan edarkan buku biografi Ummul Muslimeen Malaysia, Datin Seri Rosmah. Lepas ni semua student Malaysia akan ada satu kitab rujukan terbaru. Kedudukan kitab ini sangat tinggi. Ia menggarapkan nilai2 sopan dalam budaya Melayu. Mengukuhkan sifat2 keibuan yang sejati dalam jiwa pelajar. Juga menerapkn sifat2 isteri mithali dalam semua jiwa pelajar2 Malaysia. Teknik photoshop yang amatur. Sangat tidak layak untuk menggalas tugas mengedit gambar datin. Apa kata buku buku tu dijual sekali di Popular dan MPH. Nak lagi best, buat bisnes online. Mesti ramai yang akan beli. Aku x sabar nak tengok berapa kali cetakan akan dibuat kepada buku yang amat berbaloi ini. 180 muka surat itu terlampau sikit. Aku cadangkan juga tambah lah lagi. buat la dalam 300 helai. Lampirkan hidup Datin dari umur dia umur 1 hari dalam perut ibunya, sampai sekarang. Sehingga menjadi suami isteri kepada Perdana Menteri kita. Mungkin setelah disebarkan nanti,...