Skip to main content

Kitab Baru Pelajar Malaysia

Assalamualaikum.

Doktor Mahathir cadangkan kerajaan edarkan buku biografi Ummul Muslimeen Malaysia, Datin Seri Rosmah. Lepas ni semua student Malaysia akan ada satu kitab rujukan terbaru. Kedudukan kitab ini sangat tinggi. Ia menggarapkan nilai2 sopan dalam budaya Melayu. Mengukuhkan sifat2 keibuan yang sejati dalam jiwa pelajar. Juga menerapkn sifat2 isteri mithali dalam semua jiwa pelajar2 Malaysia.
Teknik photoshop yang amatur. Sangat tidak
layak untuk menggalas tugas mengedit gambar
datin.

Apa kata buku buku tu dijual sekali di Popular dan MPH. Nak lagi best, buat bisnes online. Mesti ramai yang akan beli. Aku x sabar nak tengok berapa kali cetakan akan dibuat kepada buku yang amat berbaloi ini. 180 muka surat itu terlampau sikit. Aku cadangkan juga tambah lah lagi. buat la dalam 300 helai. Lampirkan hidup Datin dari umur dia umur 1 hari dalam perut ibunya, sampai sekarang. Sehingga menjadi suami isteri kepada Perdana Menteri kita.

Mungkin setelah disebarkan nanti, satu subjek baru dalam PnP boleh dirangka. Untuk nama, mungkin ''Pendidikan Ibu Penyayang'' atau "Rosmah di Hati Kami'' atau ''Langkah Langkah Menjadi Isteri PM'' atau apa2 lah. Kerajaan cukup kreatis dan invatif dalam perkara ini.


Setelah 10 atau 20 tahun akan datang, kita mesti akan dapat tuai hasilnya. Malaysia akan dipenuhi dengan wanita2 hebat seperti Datin Rosmah. Hebat dalam segala galanya. Tak perlu lah aku nk percirikan lagi kat sini. Tika itu Wawasan 2020 bukan lagi angan2, ia sudah berada dalam genggaman. Apa taknya seluruh rakyat Malaysia sudah menghayati hidup insan terulung Malaysia abad ini.

Terima Kasih atas cadangan ini, Tun Dr Mahathir.

.........

Siti Fatimah terkenal dgn sifatnya sbgai anak solehah. Aishah pula isteri  mithali. Sumayyah syahidah pertama. Rabiatul Adawiyah sebagai wali Allah yang x henti2 munajat kpd ALLAH.
Mungkin Datin Rosmah  akan tercatat dalam buku muslimin sedunia sebagai Ibu rakyat yang penyayang, dalam 10 atau 20 tahun akan datang.

Comments

Hanisah Hamid said…
"Siti Fatimah terkenal dgn sifatnya sbgai anak solehah. Aishah pula isteri mithali. Sumayyah syahidah pertama. Rabiatul Adawiyah sebagai wali Allah yang x henti2 munajat kpd ALLAH."

saya hanya like yg ini :)
irmujahidah said…
bestnyaaaaa buku nih.nak beli juga la.tapi baucer buku dah abes.haihhh

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...