Skip to main content

Aku tulis lagi

.: prolog :.

...jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal...

(siap ada prolog lagi. haha. saja nak test)



Assalamualaikum. 

Semalam dari pagi aku melilau2 sekitar sendai ni untuk menyelesaikan semua urusan2 yang tertunggak. Akaun bank, beli baju, phone dan sebagainya.  Sepatutnya akaun bank da siap semalam, tapi oleh kerana ada masalah teknikal, onna tachi j sempat siap smlm. 

Dipendek kn cerita, akaun bank nye siap dalam jam 3 petang. 3.15 lebih kurang dah nak masuk asar. ''Xdaq masa dah. solat je la tepi ni" senpai aku bsuara. Kami pon bsolat zuhur la di Sendai Station kt btoi2 laluan org ramai. Aku yang mmg susah nk khusyu dalam solat ni pon lagi bertambah2 susah la nk khusyu bila org ramai jalan2 situ sambil mengerling ke arah kami. Dalam hati aku berdoa, janganlah ada yang nk gatal2 pg tanya aku buat apa ni nanti. Tengok takpa. Jangan nak tanya2. HAHA. kantoi la solat x khusyuk.


Dalam jam 5, dengan kaki yang da letih berjalan,(aku tak tau la, tapi bila sampai sini, memang kaki aku lenguh gila. Mana taknya, berjalan tak henti2 seharian. Kalau nak pegi mana2 senpai2 ni prefer bjalan. Kalau nk ambik contoh kat rumah, bayangkanla kau nak pegi dar UM ke Mid tu berjalan. Untung2 naik la basikal) senpai aku ni pun ckp, ''naik bas jom, aku nk ajaq hangpa ni cara naik bas''

dari jauh
Kami tunggu bas kat tiang nombor 11. Tunggu la dalam 3 minit. Bas pun sampai. Macam kat malaysia, dorang pun beratur sblum naik bas. Lepas bas sampai, aku tgk driver dia world gila. Xda satu pun pbezaan dgn pilot yg aku nmpk bawak plane pgi narita aritu. Lengkap  bersut hitam. Bertali leher. Berglove putih. Pakai topi ala2 polis. Ala, macam pilot tu. Dah tu, siap ada microphone kt mulut. Tu satu kejutan yang aku dapat bila aku naik bas ni. Aku xnk banding2kn benda kat jepun ni dgn malaysia. Tapi bila aku ni dah berdarah malaysia, dan duduk lama gila kat malaysia, adala dalam 19 tahun, aku secara refleknya akan terus membayangkan situasi driver di Malaysia. Dan x perlulah aku nak ceritakan kat sini kan. Korang boleh bayangkn sendiri.

Sebelum bas bergerak, driver bas becakap ''okey, kita nak bergerak dah'' (dlm bahsa jepun la kn). Sebab bas tu xkn bergerak kalau dia nampak ada org ngah bjalan2 cari seat. Lagi2 orang tua. Lps tu, dalam bas tu sndri ada kerusi khas utk org tua dan budak2 kecik. Dalam bas tu, xpyh nk ckp lah kn. bersih. Lantai dy xdalah kesan2 tanah hitam atau apa2. Xde la serpihan2 kertas yg berterbangan atas lantai tu. Tu bas yang aku naik la. Xtau la bas2 lain.

Tiba2 driver tu bersuara lagi. ''hait, migi e magarimasu''. maksud dy, 'okey, nk belok kanan dah ni'. Dahla bas tu sndri ada speaker yg mcm dlm LRT tu. Bila sampai stiap tmpt dy bgtau next station sume. Driver bas pon nk becakap2 lagi. X cukup dgn tu, kat bahagian depan bas tu ada lampu signal besar. 1, nak bagitau bas tu tgh buat brake emergency. 2, nk bgtau bas tu pg kanan, dan 3, nk bgtau bas tu pg kiri. Aku pun tepikir. Aish, perlu ke bnde ni semua.



gambar google. ada gambar bas, baru feel sket

Sekali lagi aku terkejut bila aku nak bayar tambang bas. Satu sistem yang aku x pernah nak tgk kat mana2. Waktu nak naik bas, kena amik tiket sndri kt pintu blkg bas. Ada tulis nombor stesen kau naik. Kat bhgian dpn bas tu, ada board nombor2. Stiap kali lepas satu stesen, kt bawah nombor2 tu akan ada harga tambang. So, kau akan bayar ikut harga tertera la kat bawah nombor stesen yg kau nak turun (kalau x silap aku la. haha) tambang aku dari sendai eki ke tmpt aku 180 yen. Aku ada 200 yen. Kt depan tu ada mesin tukar duit syiling. Kau masukkan 100 yen, nnt kluarla syiling2, 10 yen, 50 yen, 5 yen gabung2, jadi 100 yen. dan mcm biasa, mesin tu automatik. So, bila kau nk turun bas tu, kau akan kira duit cukup2 harga tambang, dan masukkan dalam bekas kt dpn tu. bukan bayar kat driver. Bekas tu x ubah mcm tuperwear biasa.

Bila aku turun balik, aku terfikir-fikir. Cuba lah kalau sistem ni diapplykn kat malaysia. Apalah yang jadi. Aku tanya senpai aku tu. Mintak pndangan. ''inilah, sistem kat malaysia yg kalau apply kat Malaysia, hancur''. Jd, aku yang berdarah jati Malaysia ni sedikit sebanyak terasa tercabar la. Ini bukan perkara main2. Ini perkara yang sangat kritikal. Xkn aku nak dengar mcm tu j. Tapi bila aku tringat2 balik, aku pon pernah TERfikir nk nait KTM x beli tiket bila kat tmpt msukkn tiket tu xde org jaga. Dan bila sampai stesen midvalley tu, aku hanya perlu buang tiket aku dlm tong sampah. Nasib baik itu masih di peringkat TERfikir. Itu satu. Ada jugak aku nampak org yg x beli koin tu main lompat je mesin nk msukkn koin tu tanpa bayar. Kat sini Subway dy atau Shinkansen dy, mmg ada mesin tu. tp dy x slalu ada pghalang. Maksud aku, kalau kau xnk beli tiket, kau boleh je lepas. Xpyh nk lompat2 lagi.
gambar google. tp sini dkt2 la ngn tmpt aku

Mentaliti ni terbentuk dengan cara kita dibesarkan. Cara org malaysia dibesarkan. Macam mana didikan yang mak bapak kita bagi. macam mana atmosfere yang Rakyat malaysia bagi. Benda2 macam tulah yang mmbentuk mentaliti sesuatu generasi tu. Nanti aku carita macam mana aku nmpak kisah sorang mak mlayan krenah 3 anak2 dy dlm bas.
otamayashita, sendai.
Tulis2 macam ramai j orang baca. HAHA. Xpa, aku da tua nanti aku baca balik.

ja, Assalamualaikum.

Comments

Hanisah Hamid said…
wahhh dah naik bas , bagus bagus :)
teruskan meng update ye !
AbdullahUmar said…
haha. aku senanye adalah orang yang sangat mengupdate blog. dah la x ramai org baca. haha/
irmujahidah said…
sou2.aritu tunggu bas kt eki,bas tu sampai awal.ingatkn lepas penumpang yg nak turun semua dah keluar dari bas,penumpang yg nak naik bole terus naik bas.tapi pakcik driver tu tak bukak pun pintu bagi naik dulu.dia round dlm bas tu,check2 ada sampah or barang tertinggal dulu.baru dapat naik.

nice post.keep on posting,nak tau seikatsu shakai kt sendai

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...