Skip to main content

Alkisah...

Assalamualaikum

Aku x tau knape lately ni, ak malas nk menaip;lebih suke tonton, qouting, dan reading.
tapi harini aku betul2 nk update.
betul, dan betul.

ok. done with the muqaddimah.

straight to the point.
Welcome RAMADHAN!.
ALLAH, sungguh aku rindu akan tbanya BULAN ini.
Sungguh, aku harap RahmatMU, TarbiyahMU akan mnjadi pendidik diri ini sepanjang hidup.



Ramadhan. bulan rahmat. Ramadhan, bulan yang mana
semua orang akan menjadi aware, akan jadi baik.
yang sesetengahnye baru perasaan ALLAH tu MAHA melihat.

pelik jugak kadang2, kalau bulan2 bukan puasa tu, bile sorang2, nak buat
ape pon, x penah piker ape...
tapi when it comes to Ramadhan, pegilah ke dapur yg dalam freezer dye ade
cornetto mini 3,4 kotak pon, ade taufufa waktu sahur tadi 2,3 tupperware pon,..
tahan,, tahan...
x payah nk ade CCTV, x payah nak mak bapak suprvise, sendiri tau, yang, kalau
dye makan, batal puasa,. kalau die buat, ALLAH nampak.

bagus!

bulan ramadhan slalu disinonimkan dengan puasa. sampai nama pon slalu sebut
bulan PUASA.

perasaan atau tak. polemik ni sebenarnye indirectly bring some misunderstandng
to some of us.
yeah,. RAMADHAN, PUASA. so, PUASA.
main thing is, PUASA.

dan yg jadi masalah, PUASA tu pulak disalah pahamkan lagi.
dah 2 kali salah faham.
kan ke the main point ramadhan itself dah sedikit unwell-ly grabbed dah.

hasilnye, perbezaan Bulan Ramadhan dengan bulan2 lain dah x banyak beze dah.
mungkinlah bezenye, ramadhan, lebih dekat radio2, dah lebih banyak tone2 Islamic,. tu pon
kalau nasib baik, bertahan sampai setengah ramadhan, kalau x, 13 ramadhan
tuh dah start play ooo balek kampung, ataupun, dendang perantau atau yg seangkatan.

bezenye mungkiin, bulan bukan ramadhan, orang cergas jalan kesana sini, gerai2 bersepah2 bukak dari pagi, tapi ramadhan, org jadik lembik. sebab puasa.
dan susah nk jmpe gerai makan yg bukak.
TU JE.

X BANYAK!. TU je.

yg lain, maseh same!

maseh pada perangai2 same.!

mereka yg biasa berkapel2 maseh dgn kapel mereka. hatta nak beli juadah berbuka pon.
x segan ke, bulan ramadhan berpegang2 tangan.
x segan ke, bulan ramadhan masih lagi bangge berpeluk sakan?
x segan ke, bulan ramadhan masih bergelak tawa, bercampul gaul yg, yg ptut di tahan?

oh ye, bulan puasa. ktorang puase, nk kecoh ape?

mereka yang hari2 mereka , badan terdedah2 smpai kat bazar ramadhan pon.
x segan ke, bulan ramadhan maseh berbaju ketat?
x segan ke, bulan ramadhan, rambut masih nk tunjuk kat orang ramai yg dye pandai sikat?
x segan ke, ramadhan, maseh lagi nk dedah sane dedah sini buat org laen mluat?

oh ye, bulan puasa. ktorang puasa, nak kecoh ape?


x hairan lah status aku kat FB uh, x sampai 1 hari, dah dekat 40 org like.


BRO!, bulan ramadhan bukan tu aje!
bulan ramadhan medan tarbiyah! bulan ramadhan BULAN RAHMAT!

bulan ramadhan FIELD terbaeekk nk baiki diri!..
sebab bulan Ramadhan bukan hanya period puasa aje! bukan.

semua dah tau, kisah nabi naik minbar,

"celakalah orang yang masih berkesempatan di bulan ramadhan, tetapi tidak menghargai
ramadhan tetapi masih tidak diampunkan dosanya"

semua dah dengar tu, kn?

sheikh, jom refleks diri

"man sooma ramadhana waqoomahu iimaanawwahtisaaba, ghufirallahu lahu ma taqaddama min zanbih."

ramadhan bukan hanya bulan BERPUASA.

RAMADHAN waktu nak terbiyah, didik jiwa. lenturkan ego. tundukkan nafsu.

nilah masenye!

aku x sangkal, memang environment membentuk pemikiran.
ak x kate, environment malaysia teruk atau baik.
aku cume nk kate, environment yg dah membudaya dalam malaysia ni dah jauh
membarah.

dan orang yg dah biasa dgn budaya tu, susah nk buang.
bro, tp tu bukan alasan. itulah ujian.
mampu ke tidak kite nak
iktikaf kat masjid waktu orang lain sibok ke kamdar
menyelak helaian al Quran waktu orang lain sibuk dgn hal dunia
bertarawih berjamaah waktu orang lain buat overtime kat kedai2 port berbuke+lepak
simpan duit, berjimat waktu org lain sibuk menuding sgala macam jnis juadah
menahan nafsu tundukkn pandangan waktu org lain berkepit2 dkt baazar
menutup aurat sempurna waktu org lain bengge dengan teknik rebonding
serve telinga dgn kuliah mp3 waktu orang lain sumbat earfon dgr lagu lagho
baca buku 40 hadis nawawiyyah waktu org selak2 bumper ujang atau APO?
zikir istighfar waktu org lain sibuk gosip umpat
seluk poket, derma hatta 2,3 ringgit waktu org sibuk save duit ntok baju raye
bangun 3,4 pagi ntuk sembah sujud kpd NYA waktu org len nyenak layan mimpi

banyak ALLAH janji kepada kita. belum lagi cerita malam Lailatul Qadar.

sahabat, ramadhan bukan hanya medan berpuasa. ya, betul puasa, tapi puasa dengan erti kata yg sebenarnye
puasa, segala panca indera.
mata,kaki,tangan,mulut,perut,akal. segalanya
barulah nafsu akan tunduk pada iman kita

mari kite kejar maqaasid ramadhan.
TAQWA.
ya, TAQWA.

smoge puasa kita menjadi hujjah kepada kita, bukan hujjah ke atasa kita.

"dalam kalangan ummatku, akan ada mereka yang berpuasa, tetapi tidak ada apa bagi mereka
melainkan lapar dan dahaga."

Na'uuzubillahiminzaalik.



O you who have believed, decreed upon you is fasting as it was decreed upon those before you that you may become righteous -
2:183






Comments

Anonymous said…
salam ramadhan..bagus ustaz,troskan..sbln skali bru update...sebok bbenor lah ustaz ni pon....
AbdullahUmar said…
salam aidhan. cik anon, xde lah sibuk mane. cume.. biaselah. huhu.. insya ALLAH, sme2 kite smbung rantai perjuangan ISLAM

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...