Skip to main content

kita hanya hamba


assalamualaikum..

kadang2, aku terfikir.. apa erti hidup ni?
apakah aku yang telah hidup 18 tahun 13 hari ni, dah jumpa apa erti hidup?
apakah rutin harian aku ni, betul2 aku jalankan atas dasar aku betul2 faham apa itu erti hidup...

sebenarnya hidup yang macam mana patut aku rutinkan dalam hidup aku?
adakah rutinan yang aku buat ni betul2 aku dah passionate dalam diri aku?
atau aku hanya lelaki typical yang steorotype.: membuta tuli kut apa orang cakap...

aku kadang2 terasa diri aku lemah.. jauh.... jauh... jauh dari PENCIPTA...
ye aku faham, aku hamba. aku pernah duduk sekolah agama 5 tahun.. aku tau ape itu mardhatillah...
aku tau ape itu ma'rfatullah...
aku tau semua tu.. bahkan aku pernah jadi seorang yang bergelar naqib...
aku tau ape tu dosa.. aku tau syurga, pahala... neraka, DOSA..
aku boleh berkuliahkan orang rak2.. ape itu dosa,
ape itu mungkar..
ape itu maksiat...
tapi kenapa aku masih rase aku JAUH... YAA... BELUM BETUL2 dekat dengan ALLAH...
RABBUL JALIIL..
RABBUSSAMAAWAAT..
KENAPA....

kenapa dalam setiap hari aku,... aku jarang merasa HULWAH BADAH??
aku jarang RASA HULWAH IMAAANN???!!!

dalam setiap hariku,.. ya, aku rasa aku sudah punyai ilmu2 itu..
aku sudah rasai pengalaman2 itu..
tapi, apakah maksod KEKOSONGAN hati ini??
kenapa aku masih rasa hidup aku ni
x ubah macam programmed robot yang hanya ikut routine harian
tanpa merasa kemanisanya/??

kenapa aku maseh rasa ape yang aku simpan kat dada aku berbelas2 tahun nih... x MEMBUATKAN aku betul2 dekat DENGAN ALLAH????

ALLAH, adakah itu tanda AMALANku KAU tolak???
adakah itu tanda DOAku KAU campak???
adakah itu tanda hidupku tidak ada RAHMATMU ALAH??????

ALLAH... andai benar andaianku ALLAH..
KAU tiuplah aura keinsafan dalam diriku ALLAH..

diri ini yang telah 18 tahun memijak bumiMU ini,.
yang telah 18 tahun memamah REZQI HAKMU ini,
yang telah 18 tahun menggunakan nikmat pinjaman MU ini,
tanpa mengatahui...
pakah ERTI HIDUP yg sebenar nya...

orang kata,
bila kita jmpa apa erti hidup, kta akan rasa hidup kita bermakna..
hidup kita bererti,
dan bila kita dah jumpa apa erti hidup,
KITA X KAN MENYESAL DAN AKAN BERSEDIA BILA2 NYAWA KITA DICABUT..

tapi, sebenarnya, erti hidup itu sendiri apa ya??
macam mana nak rasa hidup bermakna ya??
macam mana nak rasa amalan2 yang kita buat tu..
BETUL passion kita..
dan bukan atas alasan...
ORANG LAEN BUAT,SO AKU KENE BUAT..
bukan atas alasan....
TAKUT AH NANTI MASUK NERAKA.. BEK BUAT JE... SENANG..
bukan atas alasan...
NANTI APE PLAK ORANG KATE KAT AKU...
bukan atas alasan...
AKU BUDAK SEKOLAH AGAMA...
bukan atas alasan...
ITU,INI,ITU,INI..

tapi atas alasan...
atas alasan....


arrgghhh.. alasan apa ya...
apa sebenarnya kita ni?
dan..
apakah sebenarnya sebab kita beramal???
ATAS ALASAN APA???

ya, aku tau.. untuk mencari erti hidup,
aku perlu mencari jawapan untuk itu..
ya,.. jawapan...
apa ya jawapannya?

aku yakin dalam kepala2 itu,
kepala2 milik cendikiawan tu.
sangat arif..
sangat hakim..
bahkan mampu menyusun hujjah akan jawapan ini.
membentang bantah akan persoalan ini.
mengukuh kata dgn dalil2 akan tajuk ini...

namun adakah ERTI HIDUP sudah kau gapai?
apakah nilai kamu sebagai HAMBA sudah kau jelas?
jawab, jawab cendikiawan..
amalan kita sudah mampu buat kita tersenyum di hari2 kita?
bagaimana dengan HARI2 di SANA?

gapailah,carilah,sentuhlah ERTI HIDUP
walau terpaksa habis beratus , beribu RM,
walau terpaksa habis bernanah kaki melangkah,
walau terpaksa habis masa mudamu,
kerna...

the men who decided to change in 12th hour, die in 11th..

(ayat last nih dari @Contengan Jalanan; a deep,catchy quote)



Then your hearts became hardened after that,
being like stones or even harder.
For indeed, there are stones from which rivers burst forth,
and there are some of them that split open and water comes out,
and there are some of them that fall down for fear of Allah
. And Allah is not unaware of what you do.
2:74




Comments

TiM said…
bukan kau sorang je rase semua ni derr.







*aku pun.. :'(
Anonymous said…
rujuk balik kitab kasih sayang dari Tuhan dan pusaka nubuwwah. fahami, hayati, amalkan. moga ditunjukkn jalan.
AbdullahUmar said…
alhamdulillah.. syukran..

Popular posts from this blog

。。。。

~"Najib asked the Queen, "Your Majesty, how do you run such an efficient government? Are there any tips you can give to me?"  "Well," said the Queen, "the most important thing is to surround yourself with intelligent people." Najib frowned, and then asked, " But how do I know the people around me are really intelligent?" The Queen took a sip of tea. "Oh, that's easy; you just ask them to answer an intelligent riddle." The Queen pushed a button on her intercom. "Please send Tony Blair in here, would you?" Tony Blair walked into the room and said, "Yes, my Queen?" The Queen smiled and said, "Answer me this please, Tony, your mother and father have a child. It is not your brother and it is not your sister. Who is it?" Without pausing for a moment, Tony Blair answered, "That would be me." "Yes! Very good," said the Queen. Najib went back home to ask Muhyiddin the same question. ...

Ha Ha Ha... Inilah FIRST LADY Malaysia..

aper pon, saya menegaskan, jangan meletakkan sebarang cemuhan ataupun tohmahan yang tanpa usul periksa... ingat, setiap manusia itu buat kesalahan... walaupun manusia yang asyik buat kesalahan, memikirkan dirinya sentiasa bagus, memkirkan dirinya first lady, menganggap dirinya penting, menggunakan duit beratus ratus juta sesuka hati, meletakkan mukanya dan namanya lebih tggi dari yang sepatutunya, bajet bagus, bermuka ala2 singa jantan, berwajah masam, sentiasa menaikkan kebencian orang ramai setiap kali muncul di depan kamera, menjatuhkna maruah kerajaan, maruah suami, agama, meletakkan tabarruj sebagai aset utama, tidak mengajar anak2 dengan sempurna, berpelukan dgn salman khan di hdpn khlayak ramai, memasuki masjid tanpa menutup aurat, menimbulkn kontroversi ... dan mcm2 lagi,, INGAT, DIA JUGA MANUSIA BIASA... BIMBINGLAH DIA, BIMBING DIA KE ARAH YANG BENAR.. SEMOGA DATO SERI NAJIB RAZAK TIDAK AKAN TERGOLONG DALAM GOLONGAN2 YANG DITARIK KE NERAKA SEPERTI SABDA NABI.. 4 GOLONGAN LELAK...

Kamil, Sedarlah

Keluarga Dolah mempunyai kedai gula gula turun temurun yang amat berjaya. Banyak francais2 yang berjaya didirikan di luar mahupun dalam negara. Oleh kerana gula gulanya HALAL di makan, dan menjadi trend serta mainstream org ramai, walaupun mahal dan x bersih, serta x laa sedap sangat pun, malah buruk untuk kesihatan, orang ramai membeli juga produk gula2 tersebut, termasuklah Keluarga Ali. Ditakdirkan, keluarga Ali mempunyai musuh turun temurun, keluarga Atan. Keluarga Atan ni sangatlah benci akan keluarga Ali. Ahli keluarga Ali sangat ramai, bersepah sepah. Lebih ramai dari pekerja2 di kedai gula gula Dolah, malah lebih ramai dari keluarga Atan. Walaupun begitu, keluarga Atan lebih hebat. Lebih mendapat sokongan dari keluarga2 lain, termasuk keluarga Dolah. Setiap Hari, sejak berdekad lamanya, dengan bantuan keluarga Amer, Keluarga Ele, dan hasil keuntungan Gula gula Dolah tadi, Keluarga Atan mempu membeli byk senjata dan peluru untuk membedil keluarga Ali. Walaupun Kamil, ahli Ke...