Skip to main content

manuSIALupakah kamu???

BAYI,
manusia bernyawa berjiwa suci,
yang haknya dibelai dan di didiki,

haknya disantun, diajar dan dijaga rapi,

haknya dielus, disayangi, dicintai,

dengan hati dan cinta yang hakiki,


namun realiti hari ini,

kekejaman makhluq bergelar insani,
yang tidak sedar akan kehadiran Ilahi,

menjaga, meneliti alam ini,

insani terus membuang, mencincang hati si bayi,

baru sesaat membuka mata di dunia ini,

namun dilihatnya, sampah yang mengengilingi,

bukan itu kehendak diri,
namun, kerna si ummi,
kerna si ayah, yang bertindak membabi,
bayi terpaksa menjadi mangsa.

kemana perginya iman di hati??
kemana di campaknya harga Agama yang suci??
kemana dibuangnya akal dan fikiran??
bayi dibakar, dicampak, dilayang menjauhi,
semuanya kerana ibu, kerana ayah yang durjana,
yang tidak meletakkan ilmu di hati..

situasi ini tidak mungkin berhenti,

andai semua duduk sendiri memeluk diri,
situasi ini tidak mungkin berhenti,

andai SYARIAH dipijak dijauhi,

SITUASI INI TIDAK MUNGKIN BERHENTI,

andai perlembagaan penjajah masih dijunjung tinggi!!

ayuh saudara, ayuh saudari,
iman dan ilmu bukan yang perlu didengari dan dipelajari,

namun itulah 2 elemen untuk menjadi insani..
MALAYSIA, BERANILAH MENJADI NEGARA

umarosli93

Sebenarnye, kes buang anak ni xkan lari dari kes rogol dan seks bebas... Allah berfirman dalam surah at tiin... manusia dicipta sebagai sebaik baik penciptaan... dalam surah al- baqarah, annaml, faatir, al aaraaf, dan shaad, Allah ulang banyak kali yang manusia ni diciptakan tidak lain melainkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini... oleh itu, manusia mesti tau yang zina itu haram... rogol itu haram...
tapi hakikatnya... allah telah memaktubkan dalam Al Quran bahawa di dalam jahannam itu dilihat banyak manusia dengan sebab yang ada dlm ayat nih...

179. Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

huh... lebih teruk dari binatang... betol!! tgk bawah nih....

bandingkan dengan bawah nih...

monyet pun sayang anak!!! beruk pun cinta anak!!... tapi orang, yang Allah dah muliakan dengan akal fikiran, yang Allah dah angkat darjatnye dengan hati dan jiwa serta perasaan agar mampu berfikir, menilai dan meniliti setiap tingkah laku dan amal perbuatan, X mampu nk bagi kasih sayang kat anak!!!... XMAMPU NK HINDARKAN DIRI DARI ZINA!!!

jadi, apabila berfikir semula akan masalah ini... kita sepatutnya, korek, kita sepatutnya gali semula... apa punca semua ini, tanpa menuding jari mengikut kepentingan peribadi, tetapi mengikut kewarasan iman dan hati!!

Allah menerangkan dalam alQuran..

2. Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus dali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.

38. Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

45. Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.

Hadirin, berfikir!!...Allah banyak kali mengulangi perkataan hudud dalam alQuran... menunjukkan ianya penting!!... andai HUDUD dilaksanakan di Malaysia... rasa rasanya mungkinkah keadaan ini serupa seperti ini??

Manusia dicipta Allah... perasaan, pemikiran, dan segala galanya tidak akan ada tanpa izin allah... jadi mengapa mesti ditolak HUDUD??!! mengapa mesti dihina hudud???

ARAB SAUDI mengamalkan hudud, hasilnya, jenayah yang berlaku di sana (mencuri) hanya 2% drpd apa yang berlaku di malaysia... kerana apa??? Allah memberi janji, barang siapa yang menurut hukum Allah, Allah akan membantu mereka, kerana Allah itulah sebaik baik pemikir, sebaik baik perancang...

Khulasah, pemikiran berdasarkan naqli itu penting, jangan samakan kita dengan muktazilah kerna berfikir dan bertindak mnurut akal semata mata hidayah agama yang diberi Allah, gunakan sebaiknya, kerana hidayah akal tidak akan mampu memikirkan apa yang tersirat dengan sebenar benar penafsiran....


Comments

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum.. setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri. desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya?? erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini. berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menj...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...