Skip to main content

DeSa??

Salamun Alaikum Tibtum..

setelah sekian lama menyepi, bukan beralas sepi itu kerna bermimpi atau berangan sepi, tetapi alasan yang bermunasabah itu sekali ialah hanya tidak punya klapangan diri yang sempit; menyempitkn ruangan masa dan kesempatan diri.

desa?? agaknya mungkin sekali apakah, maudhu' perbicaraan diri hari ini? mungkinkah ingin mengupas lanjut mengenai desaku di sini?? ataupun ingin menggali cerita2 lama mengenai tanah kepunyaan malaya ini yang dahulunya hanyalah desa2 yang tidak bermotor mahupun berselimutkan gas2 beracun yang buta dari segi fizakalnya??

erm... nmpknya, tiadalah satu pun ruang lingkup perbicaraan di atas yang menyorot hati ini, melainkan satu, merentas desa. Ya, tragedi di sebuah madras yang semacam ingin memperpupus amalan dan budaya yang sekalian lama menjadi tradisi di suatu tempat yang dicorokkan di celah2 kepesatan bandaraya golongan sembilan daerah ini.

berbekalkan sepasang mata, sepasang telinga, dan sepenumpuk besarnya otakku ini, dilihat menjadi satu isu yang mungkin tidak terasa hangatnya di ruangan atmosfera udara di bumi madras tersbut. Namun, yang sejujur jujurnya, tiadalah berkenan di hati yang hina ini untuk memperbiarkan golongan hawa yang sebegini fiilnya untuk mempergerakkan diri mereka dengan pntas barang dari satu tempat ke tempat yang sudah dtntukan titiknya untuk diiktiraf sebagai garisan penamat.

Dalam lubuk sekeping hati yang berbintik hitam ini, pernah bersoal sendiri, apakah yang ingin diingini oleh sebahgian pihak yang mmperhapus amalan tradisi madras junjungan negeri ini?? mengapa ingin dipertayang wanita?? mengapa ingin di tunjuki segerombolan wanita yang berlari terkekeh2 terencot2 di laluan pejalan kaki yang dipakaikan beribu ribu pasangan mata?? yang mana sudah tentunya akan dengan enaknya menjamah setiap biasan cahaya yang memancarkan keadaan ratusan kaum bakal bidadari syurga,; berlari, terlompat, terhenjot??

Berkata Allah di dalam Alkitab kalam - Nya,

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا

indahkah pemandangan ini jika dilihat semua??


Maka denganlah jelasnya tanpa perlu dipersuluhkan, setiap wanita itu perlu dipersorokkan segala kenikmatannya dari pemandangan mata2 lelaki yang berhidupan di muka bumi ini.

maniskah begini???


Jadi, mengapa perlu juga diarahkan segala penghidupan hawa di atas bumi madras ini untuk mempertayang kenikmatan yang di umpamakan sebagai 'azzinah' yang mana bermaksud perhiasan itu kepada mata-mata anak2 berkaum adam ini?? mengapa perlu diarah untuk berlari lari di hadapan penglihatan manusia2 yang sudah tentulah mempunyai pelbagai warna hati yang pastilah ketentuannya bahawa tidaklah sama hati mereka seperti samanya warna rambut2 mereka.

Jadi, pihak tertinggi madras yang SANGAT KUCINTAI ini, perbalikkan lah semula keadaannya kita sebagaimana dahulunya kita, ketika perhubungan adam-hawa di perbatas sehebatnya, ketika pelajarnya menghayati erti penjagaan aurat yang sebenarnya...

Ini sudah tentu mempermudah atau sekurang nya mengurangkn perletakan tanggungjawab arahan Allah SWT :

قُل لِّلۡمُؤۡمِنِينَ يَغُضُّواْ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِمۡ وَيَحۡفَظُواْ فُرُوجَهُمۡ‌ۚ ذَٲلِكَ أَزۡكَىٰ لَهُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا يَصۡنَعُونَ 

sesungguhnya, sengat lah berat bagi kami untuk menggalas sebaiknya tanggungjawab seperti ini dalam halnya seperti sekarang ini ; yang wanita2 di luarnya tidaklah seperti wanita lagaknya, yang kain2 nya tidaklah lagi seperti pakaian fungsinya. 

Maka kepada pemilik gelaran hawa di bumi MADRAS itu, tariklah diri dari menyertai sebegitu rupa perlagakanyya aktiviti, kerna tiadalah kelebihan yang akan antunna dapat daripada penglaman sebegitu.. bahkan, insya Allah, berkat serta redha itu sentiasa berada di samping hamba - Nya yang sentiasa menjaga kehormatan diri untuk ALLAH dan ISLAm...


begini?? maniskah pabila ditayang??


baarakallhumma'alaikum insya Allahu  ta'alaa... 

mukhalasatulqaul,


MAA RA'YUUKUM ALAA

HAAZIHIZZHAAHIRAH???

Comments

Anonymous said…
stuju.!
Anonymous said…
stuju??? dgn???
Iffah Syuqaira said…
cuba lah pihak badar bawa perkara ni kpd pengurusan skolah..mmg x sesuai pun utk muslimat buat aktiviti ni..
Anis Husna said…
aah betul tu. kalau sesetengah tanak join pun, aku pasti ade jgak segelintir yg nak join. marilah tolong jaga maruah muslimat shams, ckp la dgn ustazah ke ape. malu aku membayangkan muslimat bertudung labuh merentas desa kt jln2 besa tu.
Anonymous said…
hmmm.. sy actly nk sgt try mrentas desa..

x penah try la kate kan..

tp bile bace ni..

is it really wrong
?
AbdullahUmar said…
dah mcm2 dah bwt... tapi nk wat cner??? bakal jusa C masih belum trime ape2 pon reason yang ckgu2 n ustaz2 beri...

tp xper... sebelom ajal tbe, kami berusaha!!! insya Allah
Anonymous said…
err....boleh saye tanya.....time perang jamal, bukankah aisyah sertai perang itu malah menaiki unta mas tu, bukan ke dia tlh melanggar batas aurat wanita yang kena jg perilaku dia??? dan bukankah ada juga muslimah yg turut serta dalm prg bersama rasulullah???
Anonymous said…
klu ikutn, prhl m'rnts desa ni x slh...cuma yg slhnyer pbl muslimat itu m'jdkn nyer slh, fhm?
AbdullahUmar said…
salam... tmer kaseh ats soklan... erm.. perlu diperterang, adakah perbuatan Aisyah berperang itu direstui?? adakah perbuatan itu merupakan perbuatan yang benar???
saidina Ali sendiri menegur perbuatan itu kerna melanggar pesanan Rasulullah agar berada di dalam rumah. Rasulullah juga melarang Aisyah menaiki unta yang dibawa berperang itu, yang mana nama unta itu ialah askar. salah satu tanda kesalahan perbuatan itu adalah Aisyah disalak oleh anjing2 di Hau'ab.... jadi, ana harap, penerangan ini menjawab... dan tentang penyertaan wanita dalam peperangan... mereka menjadi jururawat dan ad juga sesetengah yang turut menghunus pedang dalam perang uhud... tapi jika kita mahu mengumpamakn keadaan itu dengan merentas desa muslimat... cuba kita tgk kpd fiqhul awlawiyyatnya... apakah tujuan kedua dua keadaan ini sama??? wallahu a'alam...


Untuk anonymous ke dua... budaya SMKA SHAMS melarang wanita merentas desa, adalah atas satu tujuan.. iaitu mempertahan dinding pertahanan yang sepatutnya terus kukuh di mempertahan wanita itu sendiri... itulah sebab HATI DAN JIWA pelajar smka shams yang terdahulu, terus mmpertahankn budaya ini.. agar SMKA SHAMS bukanlah sekolah yang sama dengan sekolah yang lain/..

Popular posts from this blog

Freemason, Gerakan memperlumpuh Islam!!

Pada 10 Syaaban 1398H bersamaan 15 Julai 1987M, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah telah mengeluarkan sebuah fatwa,kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan freemason. Jika anda ditanya tentang sebuah pertubuhun freemason, apakah yang sedang bermain di fikiran anda? Pertubuhan freemason sebenarnya merupakan sebuah pertubuhan yang paling lama bertapak di muka bumi ini. Gerakan ini telah ditubuhkan oleh segolongan kaum yahudi yang berhasrat untuk merampas kembali tanah Palestin yang sedang diduduki oleh umat Kristian,dan membina kembali Haikal (istana) nabi Sulaiman. Tidak berhenti di situ, mereka kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke bumi Madinah maka beruntunglah, kerana tanah itu sedang dalam ancaman kaum yahudi freemason. Perkataan ‘freemason’ diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud jurubina bebas (free and mason). Sebenarnya freemason adalah organisasi b...

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...