Skip to main content

Ape Kate Kor Ming???

Timbalan Bendahari Agong DAP, Nga Kor Ming menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak perlu meletak jawatan kerana beliau seorang pemimpin bersih, berintegriti, beramanah dan berwawasan.

Menurutnya, Nik Aziz tidak perlu tunduk dengan tohmahan penyokong UMNO yang membuat protes terhadap beliau kerana mengeluarkan kenyataan menggesa rakyat Kelantan mendoakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur jika Kerajaan Persekutuan dikuasai Barisan Nasional (BN) enggan membayar royalti kepada kerajaan Kelantan.

“Kenyataan Nik Aziz dianggap benar dan wajar untuk mewakili rakyat Kelantan yang menunggu sejak sekian lama menuntut hak asasi mereka memandangkan Kelantan telah dianaktirikan.

“Hasrat beliau adalah baik berasaskan kepada perjanjian Petronas dengan kerajaan Kelantan pada tahun 1970,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Kor Ming berkata, mengikut perjanjian Kerajaan Persekutuan harus membayar royalti minyak kepada Kelantan sejumlah RM1.7 billion dan dengan jumlah itu boleh digunakan untuk membangun negeri dan rakyatnya.

“Ketika Pas menang di Terengganu pada tahun 1999, Kerajaan Persekutuan dengan serta-merta berhenti membayar royalti minyak, malah mencari dalih menggelar royalti minyak dengan nama jolokan wang ehsan.

“Amalan diskriminasi ini adalah satu penghinaan kepada sistem demokrasi negara seolah-olah wang royalti minyak kurniaan tuhan adalah tabung UMNO,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Taiping berkata, bila BN memenangi Terengganu pada tahun 2008, Kerajaan Persekutuan terus membayar royalti minyak sebanyak RM461 juta.

“Pemimpin UMNO yang membenarkan ahli mereka memijak gambar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, malah membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak layak untuk menegur Nik Aziz,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

JuN??

satu hari, ketika berlegar di ruang sesawang yang bersawang nih... terlihat aku akan sebuah blog yang menulis... "kpd sape2 yang nk tahu rahsia bln kelahiran anda sile smskn kpd 32999... haha*... bknlah... smskn kpd blog saye ye..!! hehe insya Allah.. *gelak itu adalah ikhlas... Jadik, ak pon bls laaa.... dgn bertanye akan bulan jun... dgn itu dy mereply... JUN *Berfikiran jauh & berwawasan. *Mudah ditawan kerana sikap baik. *Berperangai lemah lembut. *Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. *Idea yang terlalu banyak di kepala. *Bersikap sensitif. *Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). *Sukar melakukan sesuatu dengan segera. *Bersikap suka menangguh-nangguh. *Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. *Cepat marah & cepat sejuk. *Suka bercakap & berdebat. *Suka buat lawak & bergurau. *Otaknya cerdas berangan-angan. *Mudah berkawan & pandai berkawan. *Seorang yang sangat tertib. *Pandai mempamerkan sikap. *Mudah kecil h...