Skip to main content

Aik.. dulu serang, sekarang sayang???

Ketika menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pasir, Umno mengambil pendekatan memukul dan menyerang Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, namun di Bagan Pinang, Umno mengambil pendekatan baru...kami hormat Nik Aziz.

Sebab itulah di mana-mana sahaja anda akan jumpa papan tanda besar gambar Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menziarahi Nik Aziz ketika Menteri Besar Kelantan itu dirawat di hospital.

"Dulu Umno serang Nik Aziz, dalam pilihan raya ini Umno berpusing habis, dia tunjukkan mereka simpati dan sayang kepada Tok Guru (Nik Aziz) pula," kata Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Pusat, Firdaus Jaafar.

Beliau merujuk kepada billboard yang dipasang Umno di merata-rata tempat dalam pilihan raya Bagan Pinang ini.

Dalam pilihan raya lalu, Nik Aziz menjadi sasaran jentera khasnya media Umno untuk menyerangkan, namun terbukti PAS menang besar di Permatang Pasir.

Image

hahak... kucing pon buleh tegelak...

Dalam ceramahnya malam tadi, Datuk Seri Anwar Iberahim menyifatkan tindakan Umno ini sangat tidak beretika dalam kempen mereka.

Umno sanggup berbuat demikian untuk memainkan sentimen rakyat bagi menunjukkan bahawa Najib adalah seorang yang baik.

Anwar yang juga ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh berkata, ia merupakan sesuatu yang peribadi, dan tidak seharusnya dijadikan bahan kempen.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib sekiranya mahu menunjukan perwatakan yang baik supaya jangan zalim pada rakyat, jangan memfitnah, bekerja kuat bantu rakyat miskin dan jangan gunakan gambar lawatan ke hospital sebegitu untuk kepentingan politik.

-antum ada akal, antum pikiak sendri.. ana xnk ulas... hmm...

Comments

Popular posts from this blog

Cinta Pada Manusia Itu Letaknya Patut di mana??

Hati dan perasaan cinta merupakan satu fitrah insaniah tidak kira sesiapapun. Manusia perlukan cinta dan memerlukan kasih sayang. Perasaan untuk mencintai kepada lawan jantina memang tidak dinafikan, ia merupakan sesuatu yang perlu bagi setiap manusia. Tapi, mengapa kita terlalu sibuk memikirkannya? Adakala setiap masa dan waktu kita fikirkannya, Sampai satu tahap, jika sentiasa memikirkan hal ini, kita pasti akan terjebak dalam "couple". Bukankah couple itu sebuah jalan yang penuh dengan liku-liku yang salah? Jika anda masih belum mampu, jangan sekali bermain dengan perasaan. Ia tidak akan membawa kemana-mana. Perjalanan masih terbentang jauh. Jodoh? Masih tidak yakin dengan janji Allah.? Di dalam kuliah, seorang ustaz menerangkan bahawa qada ' bermaksud perkara yang akan berlaku dan qadar perkara yang telah ditetapkan sejak azali . qada' terbahagi kepada dua iaitu qada' muallaf iaitu yang akan berubah manakala qada' mubra adalah perkara ya...

Keanehan Microsoft!! - cuber torai!!

#Keanehan 1 Dalam banyak2 folder yang kita buat. hanya satu nama ja yang kita tak bleh letak. Klu kita rename pun tetap tak bleh. "CON" itulah name folder yg kita tak bleh cipta. team microsoft pun xtahu mcmna ia bleh berlaku. #Keanehan 2 kepada penguna windows, cuba buat seperti berikut. ...

JuN??

satu hari, ketika berlegar di ruang sesawang yang bersawang nih... terlihat aku akan sebuah blog yang menulis... "kpd sape2 yang nk tahu rahsia bln kelahiran anda sile smskn kpd 32999... haha*... bknlah... smskn kpd blog saye ye..!! hehe insya Allah.. *gelak itu adalah ikhlas... Jadik, ak pon bls laaa.... dgn bertanye akan bulan jun... dgn itu dy mereply... JUN *Berfikiran jauh & berwawasan. *Mudah ditawan kerana sikap baik. *Berperangai lemah lembut. *Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. *Idea yang terlalu banyak di kepala. *Bersikap sensitif. *Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). *Sukar melakukan sesuatu dengan segera. *Bersikap suka menangguh-nangguh. *Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. *Cepat marah & cepat sejuk. *Suka bercakap & berdebat. *Suka buat lawak & bergurau. *Otaknya cerdas berangan-angan. *Mudah berkawan & pandai berkawan. *Seorang yang sangat tertib. *Pandai mempamerkan sikap. *Mudah kecil h...